Showing posts with label Bangladesh. Show all posts
Showing posts with label Bangladesh. Show all posts

Saturday, 20 June 2020

tshirt murah direct bangladesh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Dah berhabuk blog ini , lama tak update . Kami bukan tak nak update tapi terlalu banyak yang kami akan share di blog ini mengenai bisnes sourcing china dan bangladesh . Korang mana yang dah dapat manfaat share lah blog ni pada kawan2 lain yea. 

Time pkp baru ni kami sangat sibuk menguruskan tempahan pelanggan yang terdiri dari agensi kerajaan & badan swasta . Antara produk yang kami bekalkan adalah face mask , ppe suit , glove dan juga face shield . 

Sekarang kami ada bekalkan facemask fabric yang di buat di kilang jahit kami sendiri . Sesuai untuk wanita , kanak2 dan lelaki . 3 ply tau tak tembus air .. betapa jaganya kualiti . 

Ok posting kali ni kami nak share tentang 1 group telegram yang kami dah create beberapa bulan yang lepas untuk mengumpulkan usahawan yang berminat dengan tshirt , pakaian yang harga sangat murah di bangladesh . 

Ni info group nyea yea ; korang baca bagi hadam dan faham betul2 . 

------ 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . 

Group ini di jaga oleh Mr tony +60 14-631 8920

Group ini bertujuan memberikan pendedahan tentang produk pakaian yang di panggil stok lot di bangladesh.  

Stok lot ini boleh di pecahkan pada 3 kategori . 

1. Cancel shipment - stok lot ini selalunya barang yang sudah melalui proses terakhir iaitu QC and packaging, kebanyakan produk yang cancel shipment ini berpunca dari pada masalah buyer dan kilang yg tidak menepati kehendak buyer dari segi warna dan tempoh siap . Selalunya barang jenis cancel shipment ini harganya lebih tinggi dan boleh di jual mahal 

2. Lebihan kilang - cth, buyer A order 50,000 pcs dan kilang akan produce 5000 pcs lebih sebagai ganti jika berlaku kerosakan atau utk habiskan semua fabric special dyeing yg susah nak jual pada market . Atau barang yg di buat untuk local market stok lot yg kebanyakan di jual di market2 tempatan sekitar bangladesh spt di bonggo bazar 

3. Fresh order stok lot fabric - contoh barang ini katakan buyer A ingin buat seluar tapi mempunyai bajet yg rendah yg hanya boleh di buat mengunakan stok lot fabric .. selalu order jenis ini hanya mempunyai kategori2 tertentu kerana tak semua jenis kain yang ada stok lot, kadang2 tengok jenis fabric, musim dan kategori pakaian. Katakan pada musim sejuk kain fleece dijual pada rm 15/kg. Tapi pada musim panas kain fleece di jual pada harga Rm 3/kg.. jadi kain fleece ini dikategorikan sebagai stok lot kilang yg perlu di jual / di cairkan utk di byr pada kilang . 
-- 
Antara servis yang pihak kami sediakan ialah ; 

1. Fresh order direct kilang - produk seperti ini perlukan detail, sample untuk di hantar pada kilang utk dapatkan quotation pelbagai jenis pakaian yang boleh di buat dan kami akan advise jalan terbaik mengikut kesesuaian dengan tempahan. Seharusnya ada MOQ dan selalunya fresh order memerlukan MOQ yg tinggi bagi mengikut spec TNC dari kilang. 

2. - stok lot buying house - disini kami akan acting sebagai merchant yg menguruskan urusan pencarian dan tempahan yg di buat sehingga sampai ke pintu kedai pelanggan. Disini kami tidak markup harga barang dan hanya mengenakan cas 3% - 10% mengikut tempahan yg di buat dari total invoice. Jika anda merasakan perlu skip merchant anda blh buat sendiri tanpa perlukan khidmat dari kami jika ada apa2 berlaku masalah tiada di bawah tangungjawab kami. Boleh refer di atas tentang jenis stok lot dan buat planning untuk kami advise cara mana yg sesuai. 

3. Tourist guide/factory visit - disini kami juga menyediakan servis ini utk client yg rasakan perlu utk visit atau lihat sendiri depan mata atau ingin mencari idea dan produk apa yg sesuai untuk di buat. 
Sebelum itu di ingatkan kilang di bangladesh ni ada 3 kategori :
(1) composit factory ada spinning, dyeing, sewing, printing dan embroidery ini adalah kategori kilang besar. 

2) medium export, factory ni ada semua jenis department cuma tiada spinning shj. 

3) Local factory, ini adalah kilang biasa yg tidak mempunyai prosedur spt kilang export. Kilang jenis ini lebih murah tetapi ia perlukan handling proses yg mantap utk pastikan order dan mengikut spec.

*cas yg di kenakan dari 3800 - 6000 / trip bergantung pada bape banyak visit kilang dan tempt yg hendak di pergi. 
--- 
U/p ; setiap discussion atau meetup perlulah terlebih dahulu faham asas dan tempahan mestilah mengikut MOQ yg di tetapkan . 

Setiap sampling atau request mesti ada fee dan fee ini adalah utk membayar staff di bangladesh utk kerja sourcing dan penghantaran sample, harga dari Rm 800 - 3200 

*Syarat2 pembelian*

▶️Borong minima 1 design base on moq min from factory

▶️Warna & saiz seperti yang tertera di setiap gambar.

▶️Harga belum termasuk kos penghantaran 🚛🛩🚢

▶️Penghantaran ke seluruh Malaysia.

▶️Booking with full payment (kami akan proses dan reserve utk yang dah buat pembayaran sahaja) 

▶️ www.wasap.my/60146318920/stock+lot+bangladesh

#share group ini# 😊😁

Clik untuk join group telegram : https://t.me/stoklotbangladesh


Sunday, 3 January 2016

Harga , Kualiti , Pakaian Direct Kilang Bangladesh

Kilang Pakaian Di Bangladesh 

Lawatan melihat produk yang di tempah di kilang Bangladesh



Bangladesh adalah salah satu negara yang menerajui industri pakaian di dunia , walaupun masih belum mencatat sebagai pengeluar pakaian terbesar tapi masih berada dalam kategori pengeluar yang akan meningkat dari semasa ke semasa. 

Tak ramai yang mampu pergi ke Bangladesh sendirian apatah lagi mencari kilang untuk membekalkan produk mereka. Di bangladesh tidak sama dengan Negara china , vietnam , atau indonesia yang mempunyai segala kemudahan bagi pelancong atau tourist untuk membuat kerja-kerja disana. atas faktor kemudahan serta fasilities ia menjadi kesukaran bagi pelanggan dari luar negara untuk mencari apa yang mahu disini. 

Terdapat pelbagai jenis kilang pakaian di bangladesh ada besar , ada kecil ada yang halal dan ada yang haram. Ok , maksud saya yang halal ni ia mempunyai lesen dan yang haram ini tidak mempunyai lesen tapi beroperasi menghasilkan produk pakaian.

Kilang pakaian ini terbahagai pada beberapa category. Spinning , Dyeing , Knitting.. kebanyakan kilang besar ada Kilang spinning boleh refer LINK ini untuk rujukan Spinning. Bagi Dyeing dan knitting kebanyakanya berada pada 1 building atau kilang ini juga termasuk Printing section , embroidery section.  Jika besar Kilang anda pergi itu , maka volume yang di perlukan untuk produce product anda juga perlulah banyak dan menepati ciri-ciri yang ada pada kilang tersebut . Jika kilang itu tiada embroidery costing mereka juga akan jadi lebih tinggi. 



Proses-proses pembuatan pakaian ini tidaklah rumit jika setiap part-part yang penting di berikan penekanan. Seperti contoh bahagian knitting mesin @ line disusun mengikut proses , seorang operator akan membuat proses yang sama berulang-ulang sehingga habis waktu kerja . Sebab itu jika ada orang Bangladesh yang datang ke malaysia dan pernah kata bekerja di Kilang jahit , tanya ia expert di bahagian mana. Kerana ia hanya tahu 1 1 bahagian sahaja melainkan ia bekerja di dalam sample room atau kilang kecil yang produce kuantiti sedikit. 


Kilang Printing ini mempunyai pelbagai jensi table @ platten yang di gunakkan ada yang di perbuat dari kayu ada juga yang di perbuat dari kaca. 1 line ini boleh mencecah 100 platen dan lebih. Terdapat table printing and cut pieces table .


Kami berjalan pula di Business trade centre bangladesh , disini terdapat pelbagai chemical dan juga bahan material yang di jual untuk kegunaan industri printing , knitting , dyeing dan spinning. Jika di teliti mereka mengunakkan material yang saya rasakan berkualiti dan diimport dari luar antara negara yang mereka import , singapore , china , India , Phillipine dan juga MALAYSIA. Yeaa kenapa saya kata ada juga malaysia. mereka mengimport bahan seperti softner , Pigment dari malaysia yang kebanyakan product ini diperbuat daripada Hasil bumi di malaysia. 

Mereka mengimport bahan di luar - proses dan jual kembali ke luar negara , ini bagi menjaga kualiti yang pelanggan mahukan serta boleh bersaing dengan produk antarabangasa. Kualiti dan harga di international market adalah yang terbaik quality serta murah harganya.

Sedikit sebanyak yang kami kongsikan pengalaman serta coretan kami berurusan dengan kilang-kilang di luar negara agar menjadi panduan serta penyuntik semnagat bagi tuan/puan yang menceburi bidang pakaian ini 

Saudagar Printing Malaysia

Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan - 017-627 3066

Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar

Wednesday, 29 April 2015

Kilang Pakaian Di Bangladesh

Kilang Pakaian Di Bangladesh
Lokasi : Narayanganj

Bangladesh adalah salah satu negara yang textile adalah sumber pendapatan bagi ekonomi. Terlalu banyak kilang samada yang kecil mahu pun yang besar di setiap daerah pasti ada. ini adalah lawatan saya ke kilang di bangladesh sebelum memeterai persetujuan bagi menghasilkan produk saya. pergi seorang tanpa teman jalan membawa diri di negara orang.

Saya di bawa oleh kereta kepunyaan kilang tersebut , saya di layan sebagai tetamu vvip. segala makanan dan tempat tinggal di sediakan .



\


Dibilik ini adalah tempat tetamu daripada luar negara yang datang ke kilang ini untuk berurusan akan ditempatkan. Ia terletak di atas sekali bagunan kilang ini. segala kemudahan seperti kipas, televisyen , dapur dan sebagainya lengkap . begini la cara mereka melayan pelanggan dari luar.


Pengankutan utama di bangladesh adalah basikal. akibat traffic yang selalu jem, basikal adalah salah satu kemudahan yang boleh digunakkan untuk capai ke satu destinasi dengan cepat.


ini adalah mesin spinning , mesin ini akan menenun benang untuk dijadikan kain, 


kawasan finishing. apabila pakaian yang telah siap di proses, 


sewing department


Printing department


Ini adalah technician machine yang bekerja di kilang ini, 


Dyeing department


Ini adalah bahagian di mana proses fabric yang akan menentukan kualiti jenis kain.


quality inspection , semua fabric akan di check 1 per satu sebelum proses dyeing


ini adalah kilang spinning . kilang ini akan memproses yang yarn menjadi benang. kilang ini agak berjauhan dari kilang asal , atas faktor pencemaran ia diletakkan di kawasan yang agak dalam sedikit, begitulah penerangan yang saya dapat


Ini adalah hasil benang yang sudah siap di proses, selepas proses ini siap, benag tersebut akan dimasukkan ke bahagian spinning bagi proses menenun menghasilkan kain.


Dibangladesh terdapat banyak kilang ada kilang " Haram  ada kilang yang betul maksud saya disini yang menepati aspek dari kerajaan bagi membuka kilang pembuatan pakaian. Antara requirement dari kerajaan bangladesh adalah mewajibkan setiap kilang pakaian mesti mempunyai sistem tapisan air sendiri sebelum di buang ke sungai. bermakna sisa air dari kilang ini harus diproses dahulu sebelum disalurkan ke luar samada ke sungai atau laut.

Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat pada semua, bagaimana kehidupan atau ekonomi dibangladesh dijana sehingga mampu mengeksport hasil ke luar negara. banyak negara dan brand dunia yang menjadi customer kilang di bangladesh. 

Saudagar dari Bangladesh

we SEARCH
we CARE
we DELIVER

We HELP Custom product direct factory bangladesh , We Send to you warehouse . We Have logistic partner company to take care delivery from Bangladesh to Malaysia

Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar

Sunday, 25 May 2014

Saudagar Dari Bangladesh

Location : Dhaka, Bangladesh

   Bangladesh adalah 1 negara pengeksport textile yang besar selain pakistan, vietnam dan india. Mungkin ramai yang tidak tahu , kebanyakan t-shirt atau pakaian yang murah dan berkualiti di Malaysia ini adalah datangnya dari bangladesh. 

kebanyakan pemilik bisnes bangladesh yang menjalankan bisnes di malaysia memandang sini sebagai lubuk duit dan berpotensi besar untuk berkembang dengan faktor harga , kualiti dan juga support dari warga bangladesh sendiri yang sudah menetap di Malaysia pada sekian lama.

 Kelebihan di bangladesh ini adalah industri textile @ kain cotton yang sangat murah dan berkualiti . kenapa murah..? kerana di bangladesh gaji bagi seorang pekerja sangat murah sekitar RM 300 sebulan berbanding di malaysia mereka boleh dapat RM 50 -150 sehari.

Admin akan ceritakan serba sedikit kawasan atau tempat yang pernah admin berurusan dan berjalan. Disepanjang perjalanan admin berurusan dengan kilang dan wholesale market di bangladesh mereka sangat menghormati foreigner begitu juga yang datang dari malaysia. mereka akan seboleh boleh ingin menjaga hubungan kerana terdapat ramai rakyat bangladesh yang bekerja atau berniaga disini.

Permandangan Diwaktu malam - Place : Narayanganj , Bangladesh


Gambar dibawah ini adalah salah 1 kilang yang Admin berurusan , boleh dikatakan Kilang ini membuat proses dari pada Yarn - Menjadi T-Shirt . Ada 3 kilang yang akan melengkapkan proses pembuatan T-Shirt ini. Kebanyakan kilang di bangladesh Tiada Spinning factory kerana cost yang terlalu mahal. tetapi kilang yang admin berurusan ini ada spinning factory. Spinning ini adalah proses dimana yarn akan menjadi Fabric

 Capasity pengeluaran kilang besar ini adalah 30,000 pcs 1 hari bersamaan 1 kontena 20 kaki. mempunyai pekerja seramai 5500. Kilang ini mempunyai pelanggan dari Europe , US , Germany , jepun dan juga middle east. Dan tidak pernah mengeksport produk ke Malaysia

Kilang ini telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan mempunyai rekod dari segi kualiti dan juga harga yang sangat baik. Ada 2 international brand yang buat produk mereka disini.

Yarn atau bahasa mudah faham kapas sebelum di proses

Yarn digaul dan di masukkan kedalam mesin secara manual

Depan bilik genset

Proses yarn menjadi benang

yarn yang sudah diproses akan di jadikan benang halus




Lebihan yarn yang bersepah atau dibuang akan dimasukkan kedalam mesin ini

Proses dari benang menjadi kain 

Proses cuci dan harden

Quality check - jika ada cotton yang tak elok atau berlubang akan di buang

Proses memotong kain

Dikilang bahagian sewing 

Sewing section

Proses membuang habuk atau lebihan benang pada T-Shirt

Proses membuat kolar - Polo shirt

Proses Printing Silkscreen

 Golongan bisnes atau pemilik kilang dibangladesh adalah golongan yang sangat kaya. Cara hidup dan juga pelbagai kemewahan yang mereka miliki membuatkan mereka sangat hormat pada pelanggan dari luar. Terutama dari europe atau US dan hanya sebahagian dari Negara di timur. yang menjadi BIG customer pada mereka. 

Harga dan kualiti kerja dari segi pembuatan produk yang berunsurkan cotton sangat boleh dipuji.

Saudagar Dari bangladesh
We search
We Deliver 
We care

 - Kami menyediakan perkhidmatan custom pakaian atau direct material sourcing dari bangladesh -

Import : Custom cloth , ready made t-shirt Print , fabric & Accessories
Perkhidmatan Custom pakaian direct Kilang bangladesh ,

Support Us :
directchina.blogspot.com
Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar