Wednesday 14 March 2018

Pusat Borong Terbesar di YIWU , China . apa yang ada disini ?

Pusat Borong Terbesar 

Yiwu , China - Futian Market


Siapa yang belum pernah datang kesini ? anda pasti menyesal jika anda betul2 seorang pengimport produk china , perlu dan mesti datang melawat disini , walaupun sekali . 



OOk , kali ni admin akan share dengan anda semua satu port best borong barang dari china iaitu di YIWU , Futian market . Dari malaysia jika mahu pergi ke Yiwu perlu departure flight ke Hangzhou dan boleh naik Train , Bus atau teksi ke Yiwu . perjalanan jika menaiki bus lebih kurang 2 jam . 



admin suka naik high speed train .boleh relax-relax sambil mengatur perjalanan dan uruskan order-order. nak beli tiket train ni tak susah, mungkin sebab bahasa tapi anda boleh gunakkan translator atau tanya pada kaunter untuk beli tiket train ke YIWU. sediakan passport yea apabila sudah dapat tiket sila check sebelum beredar dari kaunter.  


Di Yiwu ini anda tidak perlu bimbang tentang makanan kerana banyak kedai makan muslim dan hampir keseluruhan tempat ada kedai makanan muslim antara tempat yang famous adalah maeda , sebut sahaja pada driver teksi maeda dan teksi akan bawa anda ke satu tempat makan yang penuh restoran arab , dan bermacam-macam lagi restoran .

Disamping itu di YIWU ini terdapat Pasar malam , anda berjalan sedikit dari maeda anda sudah dapat jumpa pasar malam yang besar . pelbagai barangan di jual disini elektronik , pakaian , makanan , power bank dan macam-macam lagi ada.. disini anda boleh la beli untuk di bawa balik ke malaysia .lihat gambar di bawah keadaaan di pasar malam di YIWU. 





Di bawah ini adalah gambar kedai-kedai yang berada di dalam futian market Yiwu pusat pemborong terkenal di china hampir keseluruhan barangan atau produk yang adan perlukan ada disini. 

Di Futian market ini terdapat 5 bagunan besar dan setiap bagunan terbahagi kepada beberapa kategori antaranya elektronic , aksesori , ceramic , mainan , toys , hardware , lampu-lampu , barangan printing , kedai pancing , aksesori pakaian , fabric , plastic product , knitting product , sewing product , stokin , automotive , aksesori kereta , motor dan bermacam-macam lagi . 

Di futian market , yiwu ini hampir ada lebih 10,000 kedai di dalam ini ada agent , trader , direct manufacturer tapi yang pasti nye disini harga anda boleh compare dengan Guangzhou yang jauh lebih murah . barangan pula ada yang high kualiti dan low kualiti boleh lihat dan compare mengikut citarasa anda dan apa yang anda cari .

Futian market ini menjadi tumpuan lebih dari 200 negara yang datang memborong dan datang ke sini untuk melihat atau survey produk yang mereka mahu kan. anda akan dapat lihat ramai sangat orang luar disini yang kebanyakannya pak-pak arab dari middle east , tak kurang juga dari barat juga banyak.

Anda tengok gambar di bawah ini dan anda boleh lihat bagaimana keadaan disana.




Ini adalah brochure maklumat berkaitan futian market setiap bagunan itu jika nak pusing satu hari memang tidak akan habis anda perlu sekurang-kurang seminggu untuk cuci mata sahaja. Bagunan futian market ini antara yang terkenal di daerah YIWU ada juga tempat lain atau bagunan yang berhampiran luar dari futian market yang anda boleh datang melawat . kerana produk china ini terlalu banyak dari produk dalam rumah sehingga pada Hobi. 










Ok jika dah penat anda boleh menikmati satay kambing di YIWU . Harga lagi murah dari guangzhou yea.. nak makna banyak-banyak pun boleh.






gambar di bawah ini adalah sebahagian nightlife di YIWU . terdapat banyak sangat aktiviti di YIWU ini sehingga lewat malam anda tidak akan sunyi mahupun rasa bosan pada sebelah malam kerana terdapat pelbagai makanan , mainan , dan pasar malam untuk jalan-jalan cuci mata. 

Di bawah ini adalah kawasan restoran MAEDA . kenapa admin suka memborong di YIWU berbanding guangzhou ini adalah kerana sebab ini. tempat nye tidak besar dan tidak perlukan metro untuk bergerak kesana-sini . padat dan mudah untuk akses kemana-mana tanpa hiraukan keadaan traffic . 

Jika anda pernah pergi YIWU , keqiau , shanghai , guangzhou anda akan tahu tempat mana yang best untuk stay dan buat kerja. dan kenapa YIWU antara tempat terpilih dan sesuai. tak ramai orang malaysia yang memborong disini mungkin sebab MOQ atau indsutri disini terlalu heavy berbanding gunagzhou. tapi YIWU antara anda boleh dapat harga yang jauh lebih murah dari guangzhou. 

Di guangzhou banyak usahawn atau syarikat dari luar yang datang berniaga disana dan bukan penduduk asal gunagzhou yang berniaga disana . jadi harga dan kos hidup disana juga tinggi. 

Ok lah admin rasa sampai disini dulu admin share berkenaan YIWU . walaupun secara tidak detail anda boleh hubungi admin untuk bertanya sebarang soalan , jika admin free admin akan reply dan jawab.