Showing posts with label EXW. Show all posts
Showing posts with label EXW. Show all posts

Friday 28 October 2016

Cara Mengimport Produk Dari Luar Negara

Apa Yang Perlu dibuat Untuk Import Produk Dari Negara Luar.


Step by Step yang perlu anda faham secara asasnya dan terma-terma yang digunakkan.


Assalamualaikum , dan selamat sejahtera dah lama sangat Den tak menulis kat Blog ini, sebenarnye banyak yang saya nak share. Ok, semua tahu apa itu Free Trade Agreement (  FTA )..? FTA ini adalah salah satu perjanjian yang di meterai oleh negara luar dengan negara malaysia sebagai satu perjanjian perdagangan bebas yang mana di dalam perjanjian ini ada produk yang tertentu yang tidak akan dikenanakan CUKAI kastam ada di panggil Duty dan sebagainya.

Produk - produk yang bebas cukai ini boleh di lihat melalui HS code , ada code -code tertentu yang telah termaktub dalam perjanjian bebas ini yang membolehkan cukai negara pengimport di kurangkan ini bagi meningkatkan volume import & eksport antara ke 2 negara itu.

Contoh di bawah adalah list HS code dalam niche textile dan garment yang tariff cukai nye 0% ini antara Negara Malaysia dan Australia . jika anda eksport ke negara australia mengunakkan HS code ini cukainya adalah 0%. Buku tariff ini boleh dibeli di kedai buku besar yang berharga RM 160 bagi sesebuah negara atau boleh dapatkan bacaan free di MATRADE.

Nilai eksport  antara malaysia dan negara-negara FTA ini berjumlah 63% dari keseluruhanya . ini bermaksud dengan FTA ini permintaan produk negara Malaysia meningkat.

HS CODE 

HS CODE 

HS CODE 

HS CODE 

HS CODE 
Baru habis bab HS CODE, OK dari sini anda dah boleh agak barang apa yang sesuai untuk import atau eksport. Dengan kelebihan FTA ini kos barang akan jadi lebih rendah. Berkaitan dengan Logistik pula , bagi term harga seperti CIF , EXW , FOB boleh baca diSINI anda akan faham dengan lebih lanjut terma bagi harga.

Bab Logistik dari Kilang / buying house -> Port -> Port Malaysia -> Warehouse . Ok kat sini anda kene faham apa itu forwarding company , segala urusan penghantaran dari negara lain ke malaysia atau eksport akan diuruskan oleh syarikat forwarding . Syarikat forwarding ini akan ada partner forwarding juga di negara lain untuk collect barang dari warehouse atau kilang. tiada masalah jika anda berurusan dengan syarikat forwarding dan jangan berurusan dengan persendirian.

 info Shipment Kontena dari busan korea ke port klang

gambar diatas menunjukkan komunikasi antara pembeli dan kilang yang sedang berurusan tentang bila shipment / kontena akan berlepas dari port . info ini anda akan dapat dari partner forwarder anda di negara luar jadi tiada masalah untuk anda import atau eksport ke negara luar jika mengetahui caranya dan ia sangat mudah .

cara untuk memilih forwarding company ini samada melalui syarikat yang biasa mengambil barang di negara luar seperti contoh syarikat saya menyediakan perkhidmatan penghantaran dari negara china ke depan pintu rumah anda. Diingatkan forwarder tiada service untuk melihat , menguji produk anda sebelum di hantar ke port klang. forwarder hanya berurusan dari port ke warehouse anda.

bila dah import kontena charges-charges yang ada anda kene faham , saya senaraikan secara umum charges yang akan anda kene jika import kontena.

FCL (Import)
A. Local Port Charges at Port Klang B. Import Clearance & Trucking Charges at Port Klang
C. Import Duty & GST (under C.O.D Terms)
1. Custom Duty : To be advised (as per outlay)
2. Goods & Services Tax(GST) : To be advised (as per outlay)
D. Trucking From Factory to PORT ( IF EXW price )

* EXW ini adalah term yang digunakkan dan dipersetujui seller hanya menyediakan produk dan segala kos dan urusan berkaitan logistik mesti diuruskan oleh buyer

Ok sampai disini sahaja , episod seterusnya saya akan berkongsi tentang K1 form , form ini di gunakkan untuk declare dengan Kastam malaysia nilai barangan serta jenis product. urusan ini hanya boleh di buat melalui agen kastam yang berdaftar sahaja, kebanyakan di port klang ramai agent kastam yang boleh bantu dari A - Z.

Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar