Showing posts with label product. Show all posts
Showing posts with label product. Show all posts

Sunday, 28 February 2016

Travelog Bisnes Di Phillipine

Kembara Di Bumi Phillipine Part 1

Manila , Clark , Avenida , Quiapo , Makati , SM MOA , Lain-lain. 


Mabuhay Po , First appointment kami di clark , kami akan berjumpa pemilik bisnes printing dan beberapa client disini yang ingin melihat produk kami . Aiport di clark ni kecil sahaja , macam aiport subang :) , Keluar dari aiport akan ada van yang menunggu untuk di bawa ke bandar clark . harga tambang 100 peso bagi seorang. 

Untuk Makluman , kami tak berjaya mencari restoran makanan Halal di area Clark . Jadi kami decide untuk teruskan perjalanan hari yang sama ke Quiapo , 1 daerah besar yang di kenali Muslim area. Setelah selesai berjumpa client di bayanihan park kami berjalan sekejap ke SM city Clark untuk mencuci mata , mall ini besar nak masuk kene lalu security dahulu untuk check apa yang ada pada kami atau Beg. Setelah puas berjalan minum coffee kami teruskan perjalanan ke Dau Ba Bus Station yang mengambil masa 5 -10 minit. Disini Jam 6 petang dah mula gelap.

Sampai di Bus station kami perlu ke daerah quiapo untuk mengisi perut , Quiapo ini berdekatan dengan daerah avenida disini juga terdapat mall besar yang menjual serta memborong peralatan printing dan heatpress di panggil Odean Mall. Sini juga ada Isetan Mall , dan bermacam-macam lagi Mall yang besar di daerah quiapo ini. 

Ini Hotel yang kami Tinggal sepanjang Berada Di Quiapo.

Golden Mosque , Quiapo , Phillipine

Golden Mosque terletak di kawasan Quiapo , terdapat pelbagai jenis restoran Halal disini , bagi yang ke manila dan ingin merasa suasana muslim di PHILLIPINE boleh datang ke sini . Keunikan Masjid serta corak Golden Mosque ini membuatkan ia Unik selain itu , ia menjadi Centre bagi orang Muslim di sini. Masjid Terbesar di Phillipine. 


 Odean Mall



Odean Mall terletak berhampiran dengan Isetan Mall di Daerah Quiapo. Bangunan tiga tingkat ini hanya di penuhi dengan pemborong peralatan printing seperti Heatpress , Machine , Aksesori printing , Vinyl , Sewing , Full sublimation dan Banner. Keadaan di Odean Mall ini menjadi sangat sibuk kerana ia menjadi 1 1 nya tempat tumpuan peniaga untuk mencari barang printing.




Disini kebanyakan kami lihat , mereka suka buat fast printing , terutama heatpress . ada 1 kedai sampai buka 4 kaunter yang boleh print n cut stiker , vinyl sebelum di press pada baju . Ia menjadi 1 bisnes modal yang fast cash dan perlukan kemahiran serta system yang teratur bagi memenuhi permintaan pelanggan. agar tidak terlalu lama menunggu. 

Senang citer di Odean Mall ini semua jenis printing ada kecuali Digital dan offset printing . Printing yang berasaskan pakaian terdapat disini.Ia Seakan macam pertama kompleks. Disini kami bertemu client dan membuat sedikit perbincangan mengenai hala tuju kedua belah pihak. banyak info kami dapat serta bertukar produk dengan client bagi menjaga hubungan bisnes dua hala ini. Info , disini banyak produk yang kebanyakanya di import dari China. nanti saya ceritakan seorang usahawan dari china yang berjaya di Phillipine hanya dengan menjual Kasut.


Setelah penat bersembang , ketawa bagai , kami di bawa oleh rakan kami ini berjalan menikmati permandangan bumi manila menaiki kereta beliau . orang nye peramah dan mesra , mudah bergaul . tengok siap ada 2 gps lagi kat kereta dia . :)

dari segi bisnes modal di phillipine berbanding malaysia terdapat sedikit perbezaan iaitu , mereka membuat kiosk atau membuka booth di mall-mall besar untuk menarik pelanggan serta membrandingkan nama meraka di mata pelanggan . Konsep yang sama saya lihat di dubai mall. t-shirt , mug , button badges , pillow , apa-apa sahaja jenis printing yang mengunakkan heatpress atau sublimation ia buka di mall. 

Next kami akan ceritakan mengenai kilang printing di quizon city serta pengalaman berjumpa dengan bekas Eksport manager south amerasia chemical corp. yang membekalkan chemical printing and fabric ke bangladesh serta beberapa negara lain.


Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar

Saturday, 22 March 2014

All Factory China Open Showroom at Pazhou, Guangzhou, China

Location : Pazhou,Guangzhou China

Canton Fair is the larger biannual China trade fair helds in Guangzhou. China import & Export fair ( Canton Fair ) akan diadakan di Pulau Pazhou tiap-tiap tahun. Canton Fair terbahagi kepada 3 fasa , yang mana setiap fasa akan mengumpulkan seluruh pengilang dari china mengikut bidang. Kebanyakan pada masa ini ramai usahawan, jutawan dari luar negara akan datang ke sini untuk mencari source atau teknologi yang baru. Hotel semua akan jadi mahal sebab diorg dah tahu , nak tak nak dah tentu orang akan datang juga masa ini. Oleh itu pada yang selalu ke china untuk memborong atau tidak berniat untuk ke canton fair janganlah pergi time canton fair. Untuk mengelak cost yang lebih tinggi.


Canton Fair 2014

Fasa 1 : 15 - 19 april 2014 - Electronic & Household electrical Appliance , vehicle & spare                                                           part , lighting equipment , chemical product , hardware tools ,                                                       machinery , building material  
Fasa 2 : 23 - 27 april 2014 - Consumer goods , gift , Home decoration
Fasa 3 : 1 - 5 may 2014      - Office supplies , cases & bags , recreation products food ,                                                                 medicine medical device & health product , shoes , textiles                                                             garments

Exibition dan fair ini memainkan peranan yang penting untuk source ilmu, product dan teknologi terkini yang dibangunkan. Supaya kita mempunya update dan idea untuk menambah nilai sesuatu bisnes yang dibuat. Ramai pak arab , mat salleh , negro datang ke sini.

Kebanyakan Fair begini disertai oleh pengilang atau pengedar yang sah dan trusted, So untuk urusan dimasa akan datang lebih mudah. Ada juga kilang haram yang buka di China, Pernah juga saya berurusan dengan kilang haram. memang harga jauh lagi murah tetapi tetap ada pro and cont.


SIGN CHINA 2014 - Pazhou Guangzhou China
Selain Canton fair ada juga fair-fair yang lain di buat disini , Selalunya fair begini orang datang melalui Invitation dari company di china.

Keadaan Pintu masuk jam 5.30pm
Epson Printer For banner and advertising - Jimat RM 30k jika beli disini
Pas masuk - Mesti daftar Untuk dapatkan pas masuk
Keadaan Dalam Complex Di pazhou - Luas , Besar dan terbaik


Ingin Memborong Bersama kami ?

Risau akan cost , modal dan sebagainya ?

Contact us For more information 
We Search
We deliver 
We Care

Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar

Wednesday, 26 February 2014

Kilang Pakaian Di CHINA


Location : China
Date        : 23 February 2014

Assalamualaikum.
Bersama ini saya sertakan gambar keadaan Kilang dan Wakil kami yang berurusan dengan Pihak kilang tersebut. kami sudah lama berursan dengan kilang tersebut sehinggakan kami mempunyai support yang baik untuk kilang kmai di malaysia. 

Sedikit latar belakang Kilang yang kami membuat urusan perniagaan.

Factory build in years 2004
have 50 office staff and 500 workers
Main market is USA , Europe and Middle east
Main customers is Wal-Mart, Cotton On, China Mobile, Phillip, CSG , Huawei and some of them cooperate with importer


Antara beberapa project yang berjaya kami usahakan disini ; 
1- t-Shirt
2- uniform

Kilang Pakaian dichina , di china boleh di katakan terdapat pelabagai source kain , material serta mesin jadi ia memudahkan kerja-kerja kami untuk membuat sesuatu produk yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan .

Disini juga boleh request untuk dapatkan harga yang sangat- sangat rendah 
Untuk melihat hasil kerja sebelum memulakan sesuatu order yang banyak. kami boleh menguruskan penghasilan sample bagi tujuan penilaian Quality. 

Di guangzhou mahu pun yiwu tiada bezanya , andai anda tahu apa yang anda hendak buat serta berapa kapasiti yang anda perlukan untuk penghasilan produk anda. pada yang berkeinginana untuk mengimport produk dari china , pergi la dahulu untuk berjalan ke pazhou , satu tempat yang di khusukan lansungnye event2 besar seperti canton fare , sign n led fair dan macam-macam event lagi.

Di fair ini terdapat banyak wakil-wakil kilang serta syarikat trading yang kaan membuka booth bagi mencari pelanggan serta membuat sedikit demonstrasi berasaskan produk dan servis yang mereka buat .tidak rugi jika anda mula dengan melihat event-event seperti ini , ia akan member kan gambaran pada anda bahawa apa yang ada perlu serta kelebihan yang anda perlukan untuk perniagaan anda. 




Factory Office

bahagian kain di potong

Bahagian kain dipotong

Embroidery Section

Heat process
Sewing Section