Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Sunday, 8 May 2016

PUNCA PERNIAGAAN BOLEH GAGAL DALAM TEMPOH 3 TAHUN

KENAPA BOLEH GAGAL DALAM PERNIAGAAN ?

Sumpahan 3 tahun pertama dalam dunia bisnes




Perkara yang paling ditakuti oleh setiap usahawan ialah gagal. Iyalah, siapa yang sukakan kegagalan? Dalam dunia perniagaan pula, kegagalan ibarat satu mimpi ngeri kepada usahawan terutama sekali usahawan muda. Dengan banyak modal, tenaga serta usaha yang dikeluarkan, gagal bukanlah satu pilihan. Tapi percaya atau tidak,kadangkala kita sendiri yang menjemput kegagalan itu datang. seperti kata pepatah " dalam perniagaan itu RUGI itu pasti UNTUNG belum tentu lagi. Bagaimana?

Kurang ilmu merupakan salah satu faktor teratas sebab sesuatu perniagaan itu gagal. Dalam hidup ini, apa sahaja yang hendak dilakukan haruslah dengan ilmu. Jika tidak ada ilmu, bagaimana hendak berjaya? Hadirilah seminar, bengkel serta program-program lain yang boleh membantu anda untuk menambah ilmu dalam bidang perniagaan. Tak rugi pun untuk mengeluarkan sedikit belanja bagi menambah ilmu. Mana tahu di bengkel tersebut nanti anda akan mendapat prospek atau idea perniagaan baru? Anda juga yang untungkan?

Faktor kedua pula ialah MENTOR. Ada segelintir usahawan yang cepat berputus asa apabila menerima sesuatu cabaran ataupun dugaan dalam dunia perniagaan. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu perlulah mempunyai sistem rujukan dan kekuatan mental yang tinggi. Jangan mudah putus asa dan berhenti sekerat jalan. Cari jalan penyelesaian untuk setiap masalah kerana itu sistem rujukan atau pun mentor sangat memberi impak dalam dunia perniagaan yang mana usahawan itu sendiri belajar dari Pengalaman Mentor yang terdahulu. 

Persaingan dalam perniagaan merupakan satu perkara normal. Namun persaingan yang terlalu banyak boleh membunuh sesuatu perniagaan. Pengguna mempunyai lebih banyak pilihan. Jika produk atau sesuatu perkhidmatan itu sama sahaja,mereka akan terdorong untuk mencari pakej yang lebih murah atau bersesuian dengan mereka. Cuba beri suatu kelainan kepada produk atau perkhidmatan anda. Tawarkan sesuatu yang istimewa yang tiada pada pesaing anda.



Sebab berikutnya yang mengakibatkan sesuatu perniagaan itu tidak berjaya ialah kerana usahawan itu tidak merancang masa depan perniagaannya. Setiap perniagaan harus mempunyai perancangan yang rapi sama ada untuk jangka masa pendek mahupun masa panjang. Catatkan matlamat jangka pendek serta jangka panjang ada dan lihat matlamat itu setiap hari. Sebagai contoh apa yang anda inginkan dalam perniagaan anda untuk tahun hadapan? Dengan ini anda akan lebih fokus untuk membangunkan perniagaan anda itu. Pernah dengan tentang ungkapan " Sumpahan 3 tahun pertama " mengikut kajian yang dibuat , banyak bisnes yang tutup dalam tempoh 3 tahun pertama. ini antara puncanya.

Tidak memahami kehendak pelanggan juga boleh menyebabkan sesebuah perniagaan itu gulung tikar. Kadangkala produk atau perkhidmatan anda itu telah digemari pengguna, namun mungkin juga mereka mahupun peningkatan dari segi ciri atau kualiti. Atau mungkin juga pengguna lebih tertarik dengan trend terbaru? Jadi anda perlulah peka terhadap perubahan sekeliling. Kenal pasti trend terbaru berkaitan dengan produk anda. Dapatkan juga fed back daripada pengguna setia. Mereka mungkin dapat memberikan idea-idea baru untuk membangunkan perniagaan anda.

Yang paling penting untuk berjaya, tak kiralah dalam apa jua bidang, anda perlulah mempunyai minat. Usaha sahaja tak cukup kalau anda tak suka dengan apa yang anda buat. Dengan minat yang cukup kuat, secara automatik usaha itu juga akan datang. Tapi jangan pula lupa untuk berdoa. Walau apa pun pegangan yang anda anuti, anda harus ingat DIA juga yang akan mengabulinya.

SHARE ARTIKEL INI JIKA ANDA RASA BERMANFAAT UNTUK KAWAN-KAWAN ANDA.

" Sampaikanlah Dari Ajaranku Walau Sepotong Ayat " 


Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar