Showing posts with label china. Show all posts
Showing posts with label china. Show all posts

Thursday, 9 February 2017

Canto Fair - Pameran yang mengumpulkan seluruh Pengilang / Pembuat di CHINA

Daftar masuk Canton Fair - Pameran antarabangsa di China


Dimana nak cari tempat kilang2 , trading company dan suppliers2 berkumpul ? OK , jawapanya ada di canton fair . Canton fair ini sudah tidak asing lagi di kalangan pengimport-pengimport di seluruh dunia termasuklah malaysia ke , singapura ke , thailand ke , cambodia ker.. apa yang boleh di cari kat sini ? 

Ok , kali ini saya akan bercerita serba seidkit tentang Canton fair , canton fair banyak membantu dari segi sourcing product dan mendapatkan kilang-kilang yang bersesuain untuk membuat produk / servis yang kita perlukan .

Tengok kat sini ada info tentang tarikh dan kategori pameran yang akan berlansung --> Canton fair  . Topic untuk post ini tentang apa itu canton fair dan macam mana mahu daftar sebagai pembeli di pameran ini. 

APA ITU CANTON FAIR ?


Canton fair ini dikenali juga sebagai CHINA IMPORT AND EXPORT . bermula pada awal tahun 1957 ok sama dengan tahun malaysia dapat kemerdekaan . Di anjurkan oleh Kementerian perdagangan china dan kerajaan negeri guangdong dan di selia oleh Pusat perdagangan luar negara China. 

Canton fair ini adalah salah satu pameran yang berkonsep antarabangsa , mempunyai sejarah paling lama di China , antara pameran yang terlengkap serta mencatat rekod pembeli terbesar. Pameran canton fair ini meningkatkan perhubungan dagang antara China dengan Dunia menjadi platform terbaik bagi syarikat-syarikat di china untuk meneroka pasaran antarabangsa.

Setahun hanya di adakan 3 kali sahaja dan setiap fasa akan di adakan pameran mengikut industri serta tarikh yang dah di tetapkan. jadi jika anda ingin mencari sumber pembekal yang terus dan baik boleh pergi ke canton fair , lihat sendiri bagaimana mereka meneroka pasaran antarabangsa dengan mudah.

CARA MENDAFTAR DI CANTON FAIR


Ok, anda sudah faham serba sedikit apa itu canton fair , ambillah tiket kapal terbang terus fly ke gunagzhou dan cari fasa mana yang bersesuaian dengan bisnes anda. lihat sendiri , berurusan sendiri macam mnaa mereka meneroka pasaran antarabangsa.

Sebelum anda berlepas ke guangzhou sila sediakan gambar passport dan business card jangan lupa bawa .nanti say terangkan kenapa anda perlu bawa. Ingat yea Gambar passport dan business card . cara nak pergi ke canton fair ni tak susah. jika naik metro ambil line 8 berhenti di stesen Pazhou lepas tu tengok nak pergi ke building mana , ada building A , B dan C seeloknya anda pergi la daftar dahulu di building A atau B nanti akan dapat detail , broucher serta map.



gambar kat atas ini menunjukkan time register bhagi pembeli dari luar negara china lengkap masa pada setiap fasa canton fair .bila sampai sahaja di stesen pazhou anda boleh pilih samada mahu pergi ke buiding mana dekat pergi ke building A untuk pendaftaran . Badges atau pass masuk diperlukan untuk and masuk ke pameran antarabangsa ini. 




Jika anda keluar dari stesen metro anda akan nampak entrance macam ini , ada polis yang berkawal dan papan tanda yang menunjukkan tempat dimana untuk mendaftar. 



laluan yang menuju ke tempat pendaftaran 


Jika anda ingin terkucil atau buang air besar , jangan risau di tandas ini ada air cuma sediakan botol je yea .




Ok , jika anda jumpa papan tanda ini anda boleh masuk untuk register sebagai buyer 



Di ruangan luar pun ada tempat untuk mendaftar oleh kerana terlalu ramai yang datang , pihak sana sudah menyediakan tempat untuk menampung kebanjiran foreigner untuk mendaftar jadi tiada la terlalu lama proses mendaftar.





Ok , tadi saya ada kata sediakan gambar passport atau bisnes card kan , bila dah sampai di tempat pendaftaran ini lah borang yang anda perlu isi , bila nak mendaftar perlu di beri gambar passport , bisnes card dan fee . proses ini hanya memakan masa dalam 10 - 15 minit sahaja. Jika anda tiada gambar passport apa nak buat ? ok jangan risau di sana ada di sediakan perkhidmatan untuk mengambil gambar pasport saya sediakan sekali gambar tempat nye . 



Tempat mengambil gambar passport 


                             

Setelah selesai proses pendaftaran anda akan di berikan 1 badges seperti di atas ada nama penuh dan gambar anda. badges ini valid untuk 2 tahun boleh pergi ke fasa -dfasa yang lain tanpa perlu daftar lagi . 



Pintu masuk canton fair ada security yang akan check beg dan badan anda , security ini di ketatkan untuk mengelak sebarangan kejadian tak diingini berlaku . tempat berkumpulnye pedagang-pedagang dari serata dunia yang ingin mencari sourcing di negara china. 



Bila sampai sahaja di pintu masuk building akan ada penjaga yang berdiri di tengah-tengah pintu ini , lihat bagaimana ia boleh bertahan tanpa bergerak sedikit pun . bila anda di canton fair ambil info atau buku tentang canton fair yang sedang berlansung ini , di dalam buku itu ada map building A , B dan c setiap building berbeza-beza kategori dan ada banyak floor 

Jika anda ada masa panjang untuk melawat semua floor di persilakan , memang letih , memang besar , memnag banyak kilang-kilang , trading company yang anda akan jumpa. kat sini anda boleh bawa trolley bag yang kecil tu , untuk apa ? untuk isi katalog , bisnes card atau lain-lain maklumat serta sample yang anda boleh dapat di booth-booth. 

Datang sendiri dan rasakan pengalaman tempat tumpuan dunia berdagang di canton fair , Oh yea sebelum lupa disini juga disediakan tempat makanan halal dan tempat solat . selepas ini saya akan kongsikan bagaimana nak mencari pembekal yang kita perlukan tanpa jalan-jalan di setiap booth dan bertanya. nak jalan semua memang penat dan tips-tips untuk mencari pembekal yang murah dan terbaik.  Stay tuned 

Catitan Saudagar 
Import Export Knowledge

Share maklumat jika anda rasa ia berguna untuk kawan-kawan lain 























Thursday, 26 June 2014

Borong powerbank , modem , Alquran digital , dan Peralatan electronic

Location : China
Place : peralatan dan aksesori electronic

    Negara China merupakan tempat atau negara yang sangat pesat membangun dari segi teknologi produk dalam pelbagai bidang. Kali ini admin akan berkongsi berkenaan borong produk digital seperti handphone , Alquran digital , modem , cctv , powerbank dan macam-macam lagi yang dirasakan berkaitan dengan electronic device.
Apa yang admin ingin berkongsi adalah bagaimana ingin berurusan dengan seller disini. SELLER yang banyak datang dari pelbagai kilang dan tempat. Sudah tentu mempunyai kualiti yang berbeza ada murah ada mahal, Jika anda ingin memborong disini pastikan ambil produk yang berkualiti jika ingin menjaga jangka hayat perniagaan anda.
Ini kerana seller disini akan memberi produk mengikut bajet yang kita mahu. Example powerbank. Ada pelbagai jenis powerbank dengan pelbagai harga. Ia kamu boleh minta harga yang murah. Dan sudah tentu kualiti yang murah kamu akan dapat. Di kotak powerbank 13000mah tapi diisinya hanya 4000 mah. Memang boleh jual murah. Tapi sampai bila kamu ingin berniaga begini.

Quality kamu jaga.
Quantity kamu dapat.

Konsep memborong yang kami gunapakai sehingga hari ini.

Jika volume anda jaga dengan pengilang harga akan semakin murah. Makin lama anda berurusan semakin mudah urusan anda disini.

We search
We care
We deliver

Electronic device :
powerbank
Handphone
Al Quran digital
Modem
Cctv

Ini adalah antara produk yang kami import dari china. Sehingga sekarang Alhamdulilah masih ada permintaan. Sentiasa update dengan produk yang baru dan trend.

Powerbank yooboo 13000 mah 

Al Quran digital

Al Quran digital with iqra , dictionary and hadis

Pelbagai jenis powerbank

Powerbank high quality - can charges laptop , jumper car battery and torch light

Pelbagai jenis modem 

Modem maxis original from huawei 

Modem 4g huawei



Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar

Monday, 24 March 2014

Textile place in China


Location : Zhong Da , Guangzhou China

Lokasi menjadi pilihan pemborong textile. Jika berada di guangzhou boleh singgah disini untuk menikmati perniagaan textile yang sangat besar. 

Antara produk yang terdapat disini yang admin ketahui selama memborong disini
- pelbagai jenis kain , Cotton , silk
- mesin ringkas, heatpress , sulam , dan mesin jahit
- button
- ribbon
- benang jahit
- lace

Bagi yang menceburi bidang textile. Disini menjadi pilihan yang terbaik untuk memborong pelbagai barangan. yang pasti harganya murah dan sangat berbaloi.

Disini juga terdapat lebih 300 biji kedai ( anggaran ) dan beberapa mall besar. untuk full explore dikawasan ini sekurang-kurangnya mengambil masa 4 ke 5 hari. tapi bila dah tahu dimana dan barang apa yang perlu diborong disini sudah dapat memudahkan tugas dan menyingkatkan masa memborong.

Bagi urusan disini , ada kedai yang boleh berinteraksi dalam bahasa english dan ada yang tak boleh langsung. jadi kemahiran berbahasa mandarin sangat diperlukan untuk request pelbagai jenis product, warna atau size mengikut citarasa pembeli.

Saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan sekalian.



Kedai Kain sutera China
Sutera China ada pelbagai gred
Pelbagai pilihan corak
Kain yang sedia di potong 

Jalan pulang dari zhong da menaiki Teksi

Kami juga menyediakan perkhidmatan memborong barangan textile. boleh juga mengikuti rombongan kami sekiranya berminat dan kami akan tunjuk tempat dimana untuk membeli dan bagaimana cara untuk berinteraksi dengan orang disana.

Contact Us for more information 
We search 
We Deliver 
We care

Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar

Monday, 17 March 2014

Motorcycle , Bike and Accessories


Location      : Guangzhou , China

  Disini terkumpulnya kebanyakan produk yang berkaitan dengan DUNIA permotoran.  Pelbagai jenis produk berkaitan dunia permotoran yang boleh dapat disini. Antaranya

- Motorcross
- ATV (All terrain Vehicle)
- Helmet
- Safety Suit for bikers and Motorcross riders
- Glove
- Jacket
- Spare part
- Tube And Tyre
- Accessories for Motor cup to SuperBike ( R1 , CBR 1000 and macam-macam lagi )
- Electrical bicycle 

 Bagi penggiat seni pemotoran sudah semestinya mengambil masa 3 atau 4 hari duduk disini sahaja. Pengalaman saya yang membawa foreman 4 hari sahaja habis masa disini berjalan disemua kedai. Kerana setiap kedai kebanyakanya menjual produk yang berlainan dan berbeza kualiti. 




Small Motor Cross for Kids 48cc but very powerful , Can Jump like star

This Shop Sell All Item Harley Davidson

Custome Motorcycle

Original Helmet From Japan 

Cover Suit Super bike And Exhaust

Racing Glove


Ingin Memborong produk dalam dunia Sukan Permotoran  kami akan bantu dan menguruskan segala urusan. Anda Pilih @ ikut , yang lain Kami akan uruskan.

For Request Product , Any Spare Part , Any Inquiries Just Forward Email And Contact Us





Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar

Friday, 28 February 2014

Peralatan Boxing & Senjata in China

Location         : Guangzhou , China
Name Place   : Nan A Lu

Disini la tempat kami mengambil pelbagai peralatan sukan lasak dan juga Gym. Ada 1 building di bawah Flyover ada pelbagai kedai yang menjual peralatan sukan , A4 paper , Binding transparent, Alat Tulis , raket , Bola dan Macam-macam lagi ada yang berkaitan dengan sukan.

Disekitar kawasan ini ada juga tempat yang menjual peralatan direct kilang dan harga sangat-sangat murah jika dibandingkan di tempat lain.

" Malu bertanya sesat jalan "

" Rajin explore banyak dapat belajar "

Saya listkan  barang yang berada disekitar kawasan ini yang pernah saya memborong :
1 - segala jenis raket dan mesin untuk tegang tali pun ade
2 - Peralatan Gym dan seangkatanya
3 - senjata dan peralatan boxing , 
4 - A4 paper dan alat tulis
5 - tranparent cover for book

Jika anda berkunjung ke guangzhou , China sudi-sudi lah berkunjung ke kawasan ini.  Di jamin anda berpuas hati cuma kadang-kadang masalah transport sedikit teksi sukar nak didapati di kawasan ini.  





Pelbagai jenis buku lima :)

Segala Jenis pedang , pisau dan tongkat.. lembing pun ada

pelbagai jenis aksesori

Punch bag pelbagai size.... yang pasti harga sangat murah :)

Pesilat dan taekwando mesti tahu ini apa.



Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar