Showing posts with label jersey. Show all posts
Showing posts with label jersey. Show all posts

Friday 3 February 2017

Tempah Jersey Sublimation Direct Kilang China


SUBLIMATION JERSEY

Tempah direct kilang china dengan kuantiti yang minimum.


Assalamualaikum dan hai , dah lama tak update Blog ini , masih ramai pembaca-pembaca yang dapat ilmu dan pengetahuan dari Blog ini . walaupun tak semua di cerita secara detail tapi sedikit sebanyak dapat belajar mengenai produk , terma , dan cara pembayaran bila import barang dari luar.

Sekarang ni famous sangat tentang jersey sublimation , senang cerita jersey yang di print terus ke atas kainnye oleh printer dengan ink special. bagi peminat tegar sukan dalam bidang apa jenis sekalipun jersey memainkan peranan penting dari segi penampilan peminat sukan . Oleh itu sublimation jersey antara produk yang terhangat di pasaran.

Bagi yang ingin membuat jenama sendiri , atau untuk kelab , sekolah , team atau group boleh menempah jersey sublimation ini dengan kuantiti yang minimum bagi satu-satu design . kuantiti serendah 480 pcs bagi 1 design adalah requirement saya untuk buat jersey sublimation ini pada harga yang super duper murah dan terbaik .



Jersey sublimation ini boleh di buat dengan kunatiti minimum pada harga super duper murah sahaja adalah dengan membuat di kilang di china. harga bawah RM 20 , bawah RM 10 pun da jika nak . jersey sublimation ini agak rumit pemprosesan nye kerana sebab itu harga nye sedikit mahal berbanding printing jersey biasa. 

Bagi jersey sublimation ini ,kuantiti yang tinggi akan dapat harga yang lagi murah dengan syarat fabric yang di gunakkan ini bukan dari fabric berkualiti tebal iaitu 180 - 200 gsm . 


Jersey sublimation boleh didesign dengan pelbagai corak atau warna yang tiada limit . cara pengiraan kos bagi jersey sublimation ini bergantung pada berapa banyak tempat pada baju yang di print. seperti contoh di lengan kiri kanan , belakang dan depan jika ada order sedemikian harga akan jadi lebih mahal . print sublimation ini juga terbahagi pada 2 kategori : 1 fast print , 1 normal print . 

apa beza 2 itu , bezanya anda akan nampak warna yang normal print lebih menyerlah berbanding fast print . dan sudah tentu normal print lebih mahal berbanding fast print. 


Sila jangan fikirkan tentang jersey sahaja yang boleh di print sublimation . ada juga seluar trek , polo lacoste , mafla dan beg. menarik bukan , ia ini hanyalah sebahagian sahaja contoh produk yang boleh di keluarkan oleh kilang ini . 



Kolar pada jersey sublimation boleh di customade . boleh di buat mengikut citarasa pelanggan samada ingin kolar print sekali pun boleh piping neck pun boleh . ibarat macam sebuah keluaran jersey dari jenama terkenal . 



Sila hubungi no. yang tertera jika ada sebarang pertanyaan. tentang jersey sublimation ini . minimum quantiti yang di perlukan oleh kami ialah 480 pcs sahaja bagi 1 design . masa penghantaran 3 -4 minggu bergantung pada berapa kuantit yang di tempah .

WE CARE < WE SEARCH < WE DELIVER

CATITAN SAUDAGAR BERKONGSI ILMU DAN PENGALAMAN UNTUK MEMBANTU PENIAGA_PENIAGA MENDAPATKAN MARGFIN YANG LEBIH TINGGI . 

SEMOGA BERMANFAAT