Tuesday 20 December 2016

IMPORT - URUSAN KASTAM DAN CUKAI

IMPORT - URUSAN KASTAM DAN CUKAI


Topic kali ini kami akan terangkan bagaimana atau urusan yang berlaku dengan kastam , anda perlu tahu sedikit sebanyak agar dokumen yang perlu anda prepare dapat diselesaikan dengan segera. Ini antara proses import yang perlu di selesaikan segala urusan percukaian dengan kastam adalah disini. 


PENTING !!

Urusan dengan kastam ini anda perlu selesaikan dengan segera dalam tempoh sebelum kontena anda sampai di port ini bagi mengelakkan kontena anda tersadai lama di warehouse dan akan di kenakan charges oleh pihak port.

Dokumen tentang shipment anda akan di hantar oleh pihak pengilang kepada anda melalui courier untuk pastikan dokumen itu selamat sampai dan cepat , dapat sahaja dokumen itu sila terus forward ke Forwarding company anda untuk di proses.

Disini forwarding company akan mewakili anda bagi sebarang urusan dengan kastam , port , haulage dan lain-lain jadi silapilih forwarding company yang berpengalaman dan memang betul buat kerja-kerja ini . jika boleh cari yang ada atau berdaftar sebagai agent kastam. ini bagi memudahkan urusan.




Di atas adalah contoh K1 form kastam yang perlu anda confirmkan atau sahkan butiranya bagi proses pembayaran cukai @ GST dengan kastam , declaration barang yang anda import . jika di lihat pada sample form di atas , segala butiran terperinci berkenaan shipment atau kontena anda akan terpapar disini.

Sesetengah forwarding company akan meminta anda untuk handover segala urusan import pada syarikat  forwarding , bermakna syarikat forwarding itu yang akan mula menguruskan proses import barang anda dan akan hantar pada anda. Apa kebaikanya anda tak perlu bimbang tentang urusan penghantaran dokumen dan pengesahan butiran shipment . Keburukanya : Syarikat forwarding itu akan menjadi sebahagian dari syarikat anda untuk urusan import.

Jenis-jenis Form kastam 


Ada beberapa jenis form kastam yang anda perlu tahu dan setiap form ini perlu disertakan dengan dokumen support bagi menyelesaikan pembayaran cukai serta declaration barang , HS code , Berat , Quantity serta amount invoice.

  1. Form K1 : Declaration of goods imported
  2. Form K2 : Decalration of goods exported
  3. Form K3 : Permit to transport duty paid goods within the federation
  4. Form K4 JKED 4 : Inward manifest , 
  5. Form K5 JKED 4 : outward manifest 
  6. Form K6 JKED 4 : transhipment manifest
  7. Form K8 : Application / permit / to move / transit / duty unpaid goods
  8. Form K9 : Permit to remove goods from warehouse
  9. Form K13 JKED 3 : Warehouse license 
  10. Form K14 JKED 3 : Manufacturing license

Supporting document untuk submit

Untuk submit form di atas mengikut kategori , ia juga bergantung pada urusan apa yang anda lakukan. Document ini anda akan dapat dari Supplier / Pengilang tempat negara yang anda import dan document ini ada 3 salinan setiap satu yang mana 1 salinan adalah orignal.

  1. Invoice ( Original ) 
  2. Packing list
  3. Delivery Order
  4. Bill of Lading
  5. Certificate of Origin
  6. Import license which may be required by a proper office of custom
  7. Ak Form






Kami dah terangkan secara asas tentang proses import yang mana forwarding company dan syarikat anda perlu bekerjasama untuk mempercepatkan proses , pembayaran cukai serta handling shipment. Proses-proses ini tidaklah serumit mana cuma ada beberapa prosesnye yang perlu anda faham dan jelas agar mudah untuk plan di masa hadapan.

Kontena mendarat di port mana perlu tahu samada di north port atau south port. jika di pelabuhan klang. ini diingatkan proses dengan pejabat kastam akan mengikut di port mana kontena anda akan mendarat. jangan pula kontena di hantar ke south port anda berurusan dengan kastam di north port ia sedikit sebanyak akan melambatkan proses.

Moga bermanfaat , boleh komen nak saya bercerita tentang tajuk apa lagi ? bagi urusan import / eksport InsyAllah kami akan share lagi dengan ilmu-ilmu serta penerangan yang lebih menarik. Terima kasih kerana sudi singgah di BLOG yang tak seberapa ini . 
Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar

Monday 19 December 2016

Step By Step Cara Beli Rumah Second Hand :- Semua yang perlu anda buat sampai dapat kunci

Step By Step Cara Beli Rumah Second Hand :- Semua yang perlu anda buat sampai dapat kunci


Step By Step Cara Beli Rumah Second Hand :- 
Semua yang perlu anda buat sampai dapat kunci

Cara Beli Rumah MURAH & JIMAT


Siapa yang dah pernah beli rumah dan rasa macam sangat-sangat rugi dengan kos lawyer , stamp duty dan lain-lain cost yang lain sehingga habis CASH korang ? 

Pastu rasa serikkkk nak beli Rumah ?

Angkat tangan , Hehe. 

Ok , itu normal bagi yang mula-mula beli rumah atau yang rasa takut nak beli rumah sebab rasakan ia sangat mahal dan rasa tak mampu tu mengatasi segala-galanya.

Macam ni , jika korang tiada ilmu iya betul korang akan rasa begitu , tapi jika korang ada ilmu , korang tahu apa nak buat , agak-agak apa tindakan korang ? 

Nah , teman kongsi ilmu yang akan bantu korang hadap proses membeli rumah subsale ( rumah second hand )  - kata nak cari yang murah dan jimat kan  daripada mula sampai la korang dapat kunci.

Hadamkan perlahan-lahan artikel ini , lepas habis baca nanti korang pasti jelas nak buat apa lepas ini dan tak takut nka bertindak lagi 

Ni ilmu dari experience orang yang pernah beli rumah berpuluh-puluh biji korang tengok apa diorang buat >>korang klik sini<< Nak beli rumah , tapi tak cukup nak bayar downpayment 


Secondhand : murah  

Tahu cara dan kos : Jimat / tak kene kencing


LANGKAH 1 : Survey atau Buat kajian dan Pilih 

Mula-mula pilih dulu hartanah yang korang nak beli . Yang ni korang kene buat research sendiri.

Gunakkan laman web seperti belowbankvalue.com , mudah.my , propwall.my atau lain-lain. ada berlambak listing rumah second hand dekat sini.

Disini boleh dapatkan Value sebenar rumah korang dengan bertanyakan pada Valuer yang di perakui . Sila beurrusan dengan syarikat valuer hartanah yea dan bukan persendirian.



LANGKAH 2 : Tandatangan Letter Of Acceptance ( LOA ) atau Letter Of Offer

Yang ke 2 pulak korang kene tandatangan letter of acceptance atau letter of oofer ejen hartanah sediakan .

Paling penting , pastikan dulu ejen itu berdaftar secara sah dengan lembaga penilai , pentaksir dan ejen hartanah malaysia ( LPPEH atau BOVAEA ).

Jangan sekali-kali guna ejen haram ( yang tak berdaftar ) . Sebab potensi korang kene " kencing " dengan mereka sangat la tinggi .

hehe, banyak dah kes tipu macam ni berlaku . Naya je duit korang ber huhu huhu laa jawabnya.



LANGKAH 3 : Bayar Booking fee awal-awal dan minta lanjutkan tempoh siapkan SPA

Bayar jumlah 2% atau 3% daripada harga pembelian rumah sebagai bayaran Booking.

Lagi satu cuba minta tempoh 21 hari waktu bekerja sebagai tempoh bayaran dari bayaran deposit , hingga korang kene siapkan SPA

Penting!! 
Biasanya ejen akan letak 14 hari . Tapi cuba korang dapatkan 21 har isebab kadang-kadang loan lambat lulus. Selagi loan tak lulus , korang tak boleh sign SPA ( sales and purchase agreement )

Dan pastikan booking ini di bayar kepada syarikat ejen hartanah atau syarikat guaman korang . 

jangan cari pasal dan bayar kepada mana-mana individu , baik ejen atau owner rumah.


LANGKAH 4 : Dapatkan bukti pemilikan daripada owner asal


Pastikan pemilik rumah asal ( penjual ) tandatangan pada LOA ( letter of acceptance ) atau letter of offer , dan pastikan korang ( atau ejen ) dapat salinan SPA pembelian itu untuk buktikan mereka sebagai pemilik rumah yang sahih.


LANGKAH 5 : Mula buat permohonan dekat bank


Gunakkan LOA tadi untuk memohon pinjaman loan daripada pihak bank untuk dapatkan pembelian rumah . dan pastikan korang apply minimum 4 bank untuk tujuan ini 

check rate interest bank di imoney.com


LANGKAH 6 : Cari peguam yang tahu buat kerja dan dalam bidang jual-beli property


Upah peguam yang ada kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah untuk siapkan SPA ( sales & purchase aggrement ) 

Penting! pastikan lawyer itu adalah panel Bank yang apply Loan jika tidak korang kene bayar pada 2 firm lawyer nanti . haaaa 



Langkah 7 : Tandatangan Hanya lepas dah confirm dapat loan


Tandatangan dokumen SPA dan pastikan korang dapatkan ( paling kurang ) 1 loan yang dah approve sebelum tandatangan SPA



LANGKAH 8 : JElaskan baki 7% . Kalau tak , anda tak boleh tandatangan SPA


Bayar baki 7% deposti pembelian rumah . Dalam langkah 3 tadi kita dah bayar 3% kan jadi total yang kita dah bayar deposit 10% sebelum tandatangan SPA



LANGKAH 9 : Kerapkan tanya peguam yang uruskan proses jual beli korang.


Tunggu 3 hingga 6 bulan untuk pihak Bank membayar penjual jumlah yang tertunggak ( baki 90% , lepas korang dah bayar duit downpayment 10% ) 

Pastikan korang follow up peguam korang tiap-tiap minggu untuk pastikan peguam korang ada proses report  dan kes korang ada kemajuan dari masa ke semasa.



LANGKAH 10 : Peguam akan uruskan 100% urusan korang dari sini


Pemilik rumah atau penjuual akan kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan yang dah berjaya 

masa ini, korang akan dapat kunci rumah dan rumah itu akan jadi milik korang.



NAK TAHU BERAPA KOS GUAMAN ( Legas fee ) hartanah ? 


Ni teman nak ingatkan , 11 langkah deakt atas ini adalah maklumat asas sahaja . Bila korang dah praktik dan faham nanti lagi banyak ilmu selok belok yang korang akan dapat. 


Bila korang nak membeli rumah , penting juga untuk fahamkan kos guaman . Kos ini berbeza mengikut setiap nilai hartanah.

Teman ada sediakan contoh untuk rujukan korang.

  • Untuk hartanah bernilai RM 150,000 pertama = kos guaman 1 %
  • Untuk hartanah bernilai RM 850,000 berikutnya = kos guaman 0.7 %.
  • Untuk hartanah bernilai RM 2,000,000 berikutnya = kos guaman 0.6 %
  • Untuk hartanah bernilai RM 2,500,000 berikutnya = kos guaman 0.4 %
  • Untuk hartanah bernilai RM 7,500,000 berikutnya = kos guaman boleh di runding tapi tak lebih daripada 0.4%


ADA KOS LAiN YANG PATUT SAYA AMBIL TAHU ?

Teman memang suka dengan laman web iproperty.com kat sini lengkap dah bagi siap-siap kos penting yang terlibat.

antara yang korang kene ambil kira adalah cukai RPGT . Bawah ini teman sediakan sekali info ringkas tentang pembayaran cukai bagi setiap level : 



Selain itu , korang juga kene tanggung disbursment cost ( kos pengeluaran ) sekitar Rm 500 hingga RM 1000 . dan biasanya , kos ini adalah untuk tanggung pengurusan dokumen-dokumen ini : 

  1. setem SPA ( sales and purchase agreement ) sebanyak RM 10 untuk setiap salinan. Biasanya 4 salinan.
  2. Bankruptcy search
  3. Pencarian syariakt ( kalau perlu ) 
  4. Pencarian Tanah ( sbeelum menyediakan SPA dan mengisi borang 14A di pejabat Tanah )
  5. Pendaftaran dokumen pertukaran hak milik hartanah di pejabat tanah dan kos-kos lain.

Nak tak Teman bantu korang beli rumah second hand sebijik Tahun depan ? 


KALAU TEMAN BAGITAHU YANG KORANG BOLEH BELI RUMAH TAHUN DEPAN TANPA PERLUKAN BANYAK MODAL , KORANG NAK TAK ? 


Jawapannya ada disini : janji korang kene ikut apa yang 12 orang otai hartanah ini kongsikan tips-tips serta cara yang sesuai untuk korang aplikasikan nanti. 

dan ini bukan janji kosong yeaaaa . sebab mereka dah berkali-kali beli rumah dengan modal yang MINIMA . ada juga yang siap dapat duit LEBIH lagi . 

Ikut LOGIK mana la bolehkan nak beli rumah dengan modal yang sikit siap ada yang dapat duit lebih lagi. Huhu Dulu teman tak tahu , jahil , berasa pandai , berasa banyak duit , teman habis 150k sahaja untuk beli sebiji rumah. Kalau ikutkan teman boleh dapat 3 biji buah Rumah dengan deposit banyak itu huuu.

tapi tak guna dah menyesal . mende pun dah lepaskan . yang penting kita mahu belajar dan belajar lagi dari orang yang pandai dan pernah buat. 


Korang klik sini dan korang hadam betul-betul <<Klik sini>> nak beli rumah , Tapi tak cukup duit nak bayar Downpayment? 














Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar