Showing posts with label import. Show all posts
Showing posts with label import. Show all posts

Wednesday, 14 March 2018

Pusat Borong Terbesar di YIWU , China . apa yang ada disini ?

Pusat Borong Terbesar 

Yiwu , China - Futian Market


Siapa yang belum pernah datang kesini ? anda pasti menyesal jika anda betul2 seorang pengimport produk china , perlu dan mesti datang melawat disini , walaupun sekali . 



OOk , kali ni admin akan share dengan anda semua satu port best borong barang dari china iaitu di YIWU , Futian market . Dari malaysia jika mahu pergi ke Yiwu perlu departure flight ke Hangzhou dan boleh naik Train , Bus atau teksi ke Yiwu . perjalanan jika menaiki bus lebih kurang 2 jam . 



admin suka naik high speed train .boleh relax-relax sambil mengatur perjalanan dan uruskan order-order. nak beli tiket train ni tak susah, mungkin sebab bahasa tapi anda boleh gunakkan translator atau tanya pada kaunter untuk beli tiket train ke YIWU. sediakan passport yea apabila sudah dapat tiket sila check sebelum beredar dari kaunter.  


Di Yiwu ini anda tidak perlu bimbang tentang makanan kerana banyak kedai makan muslim dan hampir keseluruhan tempat ada kedai makanan muslim antara tempat yang famous adalah maeda , sebut sahaja pada driver teksi maeda dan teksi akan bawa anda ke satu tempat makan yang penuh restoran arab , dan bermacam-macam lagi restoran .

Disamping itu di YIWU ini terdapat Pasar malam , anda berjalan sedikit dari maeda anda sudah dapat jumpa pasar malam yang besar . pelbagai barangan di jual disini elektronik , pakaian , makanan , power bank dan macam-macam lagi ada.. disini anda boleh la beli untuk di bawa balik ke malaysia .lihat gambar di bawah keadaaan di pasar malam di YIWU. 





Di bawah ini adalah gambar kedai-kedai yang berada di dalam futian market Yiwu pusat pemborong terkenal di china hampir keseluruhan barangan atau produk yang adan perlukan ada disini. 

Di Futian market ini terdapat 5 bagunan besar dan setiap bagunan terbahagi kepada beberapa kategori antaranya elektronic , aksesori , ceramic , mainan , toys , hardware , lampu-lampu , barangan printing , kedai pancing , aksesori pakaian , fabric , plastic product , knitting product , sewing product , stokin , automotive , aksesori kereta , motor dan bermacam-macam lagi . 

Di futian market , yiwu ini hampir ada lebih 10,000 kedai di dalam ini ada agent , trader , direct manufacturer tapi yang pasti nye disini harga anda boleh compare dengan Guangzhou yang jauh lebih murah . barangan pula ada yang high kualiti dan low kualiti boleh lihat dan compare mengikut citarasa anda dan apa yang anda cari .

Futian market ini menjadi tumpuan lebih dari 200 negara yang datang memborong dan datang ke sini untuk melihat atau survey produk yang mereka mahu kan. anda akan dapat lihat ramai sangat orang luar disini yang kebanyakannya pak-pak arab dari middle east , tak kurang juga dari barat juga banyak.

Anda tengok gambar di bawah ini dan anda boleh lihat bagaimana keadaan disana.




Ini adalah brochure maklumat berkaitan futian market setiap bagunan itu jika nak pusing satu hari memang tidak akan habis anda perlu sekurang-kurang seminggu untuk cuci mata sahaja. Bagunan futian market ini antara yang terkenal di daerah YIWU ada juga tempat lain atau bagunan yang berhampiran luar dari futian market yang anda boleh datang melawat . kerana produk china ini terlalu banyak dari produk dalam rumah sehingga pada Hobi. 










Ok jika dah penat anda boleh menikmati satay kambing di YIWU . Harga lagi murah dari guangzhou yea.. nak makna banyak-banyak pun boleh.






gambar di bawah ini adalah sebahagian nightlife di YIWU . terdapat banyak sangat aktiviti di YIWU ini sehingga lewat malam anda tidak akan sunyi mahupun rasa bosan pada sebelah malam kerana terdapat pelbagai makanan , mainan , dan pasar malam untuk jalan-jalan cuci mata. 

Di bawah ini adalah kawasan restoran MAEDA . kenapa admin suka memborong di YIWU berbanding guangzhou ini adalah kerana sebab ini. tempat nye tidak besar dan tidak perlukan metro untuk bergerak kesana-sini . padat dan mudah untuk akses kemana-mana tanpa hiraukan keadaan traffic . 

Jika anda pernah pergi YIWU , keqiau , shanghai , guangzhou anda akan tahu tempat mana yang best untuk stay dan buat kerja. dan kenapa YIWU antara tempat terpilih dan sesuai. tak ramai orang malaysia yang memborong disini mungkin sebab MOQ atau indsutri disini terlalu heavy berbanding gunagzhou. tapi YIWU antara anda boleh dapat harga yang jauh lebih murah dari guangzhou. 

Di guangzhou banyak usahawn atau syarikat dari luar yang datang berniaga disana dan bukan penduduk asal gunagzhou yang berniaga disana . jadi harga dan kos hidup disana juga tinggi. 

Ok lah admin rasa sampai disini dulu admin share berkenaan YIWU . walaupun secara tidak detail anda boleh hubungi admin untuk bertanya sebarang soalan , jika admin free admin akan reply dan jawab. 










Friday, 28 October 2016

Cara Mengimport Produk Dari Luar Negara

Apa Yang Perlu dibuat Untuk Import Produk Dari Negara Luar.


Step by Step yang perlu anda faham secara asasnya dan terma-terma yang digunakkan.


Assalamualaikum , dan selamat sejahtera dah lama sangat Den tak menulis kat Blog ini, sebenarnye banyak yang saya nak share. Ok, semua tahu apa itu Free Trade Agreement (  FTA )..? FTA ini adalah salah satu perjanjian yang di meterai oleh negara luar dengan negara malaysia sebagai satu perjanjian perdagangan bebas yang mana di dalam perjanjian ini ada produk yang tertentu yang tidak akan dikenanakan CUKAI kastam ada di panggil Duty dan sebagainya.

Produk - produk yang bebas cukai ini boleh di lihat melalui HS code , ada code -code tertentu yang telah termaktub dalam perjanjian bebas ini yang membolehkan cukai negara pengimport di kurangkan ini bagi meningkatkan volume import & eksport antara ke 2 negara itu.

Contoh di bawah adalah list HS code dalam niche textile dan garment yang tariff cukai nye 0% ini antara Negara Malaysia dan Australia . jika anda eksport ke negara australia mengunakkan HS code ini cukainya adalah 0%. Buku tariff ini boleh dibeli di kedai buku besar yang berharga RM 160 bagi sesebuah negara atau boleh dapatkan bacaan free di MATRADE.

Nilai eksport  antara malaysia dan negara-negara FTA ini berjumlah 63% dari keseluruhanya . ini bermaksud dengan FTA ini permintaan produk negara Malaysia meningkat.

HS CODE 

HS CODE 

HS CODE 

HS CODE 

HS CODE 
Baru habis bab HS CODE, OK dari sini anda dah boleh agak barang apa yang sesuai untuk import atau eksport. Dengan kelebihan FTA ini kos barang akan jadi lebih rendah. Berkaitan dengan Logistik pula , bagi term harga seperti CIF , EXW , FOB boleh baca diSINI anda akan faham dengan lebih lanjut terma bagi harga.

Bab Logistik dari Kilang / buying house -> Port -> Port Malaysia -> Warehouse . Ok kat sini anda kene faham apa itu forwarding company , segala urusan penghantaran dari negara lain ke malaysia atau eksport akan diuruskan oleh syarikat forwarding . Syarikat forwarding ini akan ada partner forwarding juga di negara lain untuk collect barang dari warehouse atau kilang. tiada masalah jika anda berurusan dengan syarikat forwarding dan jangan berurusan dengan persendirian.

 info Shipment Kontena dari busan korea ke port klang

gambar diatas menunjukkan komunikasi antara pembeli dan kilang yang sedang berurusan tentang bila shipment / kontena akan berlepas dari port . info ini anda akan dapat dari partner forwarder anda di negara luar jadi tiada masalah untuk anda import atau eksport ke negara luar jika mengetahui caranya dan ia sangat mudah .

cara untuk memilih forwarding company ini samada melalui syarikat yang biasa mengambil barang di negara luar seperti contoh syarikat saya menyediakan perkhidmatan penghantaran dari negara china ke depan pintu rumah anda. Diingatkan forwarder tiada service untuk melihat , menguji produk anda sebelum di hantar ke port klang. forwarder hanya berurusan dari port ke warehouse anda.

bila dah import kontena charges-charges yang ada anda kene faham , saya senaraikan secara umum charges yang akan anda kene jika import kontena.

FCL (Import)
A. Local Port Charges at Port Klang B. Import Clearance & Trucking Charges at Port Klang
C. Import Duty & GST (under C.O.D Terms)
1. Custom Duty : To be advised (as per outlay)
2. Goods & Services Tax(GST) : To be advised (as per outlay)
D. Trucking From Factory to PORT ( IF EXW price )

* EXW ini adalah term yang digunakkan dan dipersetujui seller hanya menyediakan produk dan segala kos dan urusan berkaitan logistik mesti diuruskan oleh buyer

Ok sampai disini sahaja , episod seterusnya saya akan berkongsi tentang K1 form , form ini di gunakkan untuk declare dengan Kastam malaysia nilai barangan serta jenis product. urusan ini hanya boleh di buat melalui agen kastam yang berdaftar sahaja, kebanyakan di port klang ramai agent kastam yang boleh bantu dari A - Z.

Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar


Thursday, 26 June 2014

Borong powerbank , modem , Alquran digital , dan Peralatan electronic

Location : China
Place : peralatan dan aksesori electronic

    Negara China merupakan tempat atau negara yang sangat pesat membangun dari segi teknologi produk dalam pelbagai bidang. Kali ini admin akan berkongsi berkenaan borong produk digital seperti handphone , Alquran digital , modem , cctv , powerbank dan macam-macam lagi yang dirasakan berkaitan dengan electronic device.
Apa yang admin ingin berkongsi adalah bagaimana ingin berurusan dengan seller disini. SELLER yang banyak datang dari pelbagai kilang dan tempat. Sudah tentu mempunyai kualiti yang berbeza ada murah ada mahal, Jika anda ingin memborong disini pastikan ambil produk yang berkualiti jika ingin menjaga jangka hayat perniagaan anda.
Ini kerana seller disini akan memberi produk mengikut bajet yang kita mahu. Example powerbank. Ada pelbagai jenis powerbank dengan pelbagai harga. Ia kamu boleh minta harga yang murah. Dan sudah tentu kualiti yang murah kamu akan dapat. Di kotak powerbank 13000mah tapi diisinya hanya 4000 mah. Memang boleh jual murah. Tapi sampai bila kamu ingin berniaga begini.

Quality kamu jaga.
Quantity kamu dapat.

Konsep memborong yang kami gunapakai sehingga hari ini.

Jika volume anda jaga dengan pengilang harga akan semakin murah. Makin lama anda berurusan semakin mudah urusan anda disini.

We search
We care
We deliver

Electronic device :
powerbank
Handphone
Al Quran digital
Modem
Cctv

Ini adalah antara produk yang kami import dari china. Sehingga sekarang Alhamdulilah masih ada permintaan. Sentiasa update dengan produk yang baru dan trend.

Powerbank yooboo 13000 mah 

Al Quran digital

Al Quran digital with iqra , dictionary and hadis

Pelbagai jenis powerbank

Powerbank high quality - can charges laptop , jumper car battery and torch light

Pelbagai jenis modem 

Modem maxis original from huawei 

Modem 4g huawei



Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar