Assalamualaikum w.b.t
Saudagar Dari Bangladesh - Term dan proses yang digunakkan dalam proses pengimportan part 2
Jika anda seorang pengimport barang atau produk dari luar negara , seharusnya term seperti T/T , L/C , Western Union , Money gram , Express Money ini, adalah aspek yang anda perlu tahu, seperti kelebihan dan kekurangan bagi setiap jenis transaksi ini. Setiap jenis transaksi duit ke luar negara atau pembayaran kepada pembekal di luar negara mesti melalui jenis transaksi ini. Melainkan anda bawa cash dan hantar sendiri naik kereta .
T/T = Telegraphic Transfer
Jika ada ingin membuat pembayaran pada kilang atau pembekal di negara luar. proses yang paling mudah dan cepat adalah telegrapic transfer atau kata mudah ia T/T. T/T ini boleh di buat dimana-mana bank yang mempunyai kemudahan funds transfer seperti maybank , cimb dan lain-lain.
Currency atau matawang memainkan peranan penting kerana ia akan mempengaruhi jumlah yang perlu anda buat pembayaran dahulu dan seterusnya akan di hantar kepada account pembekal. Sedikit charges akan dikenakan kepada anda dan account penerima.
Maklumat yang perlu sebelum melakukan T/T ialah anda perlu meminta maklumat berkenaan daripada pembekal seperti benefiecery name, account ,bank , swift code , benefiecry bank telephone number dan address. Setelah dapat maklumat ini anda boleh pergi ke bank untuk membuat T/T . Masa proses akan mengambil masa paling awal 7 hari.
L/C = Letter Of Credit
Letter Of Credit atau surat jaminan kredit ini adalah salah satu kaedah untuk transfer duit dengan mengunakan pihak ketiga iaitu bank sebagai orang tengah. L/C ini adalah dibawah tangungjjawab bank untuk membuat pembayaran kepada pihak pembekal apabila kriteria-kriteria tertentu dipenuhi. Apabila syarat-syarat telah lengkap dan disahkan bank akan memindahkan dana ke akaun pembekal.
L/C ini boleh juga di buat di bank tempatan seperti maybank mengenakan jumlah minima USD 10,000 untuk membuat transaksi L/C.
Sebagai Contoh pembeli akan membeli L/C ini dari pada sebuah bank dan akan mengemukakan kepada bank pembekal. L/C akan mengantikkan bank credit untuk pembeli dan pembekal boleh memastikan pembayaran yang betul dan tepat pada masanya.
Walaubagaimanapun, Pihak bank tidak akan bertangungawab atas kualiti produk , dokumen yang tidak sah dan permasalahan didalam kontrak. ini adalah L/C, jika B/G ia akan mengambil kira semua aspek dan diinsurankan bagi meminimakan kerugian dari kedua belah pihak.
B/G = Bank Guarentee
B/G adalah salah satu kaedah transaksi duit dari pembeli kepada pembekal, Bank Guarentee atau jaminan bank adalah sama kaedah nya seperti L/C ,tetapi ia berbeza dari aspek keselamatan. B/G dapat meminimakan lagi kerugian yang akan ditanggung oleh pembekal jika transaksi itu tidak dapat dijalankan dengan baik.
Jaminan wang ( B/G ) dapat menjamin pembekal dan pembeli dengan menginsurankan salah satu pihak atau kedua pihak daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh salah satu pihak yang telah melanggar atau tidak menepati perjanjian didalam kontrak.
sebagai contoh : pembeli sudah dapat barang daripada pembekal , tetapi pembeli tidak boleh membayar pembekal kerana ada masalah. B/G akan membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui kepada pembekal sebagai denda. Begitu juga, jika pembekal tidak dapat menyediakan barang kepada pembeli B/G akan memberi sejumlah wang kepada pembeli atas apa yang telah dipersetujui sebelum ini. B/G akan bertindak sebagai pengawal keselamatan dalam urusniaga antara pembekal dan pembeli.
Bangladesh adalah salah satu negara yang textile adalah sumber pendapatan bagi ekonomi. Terlalu banyak kilang samada yang kecil mahu pun yang besar di setiap daerah pasti ada. ini adalah lawatan saya ke kilang di bangladesh sebelum memeterai persetujuan bagi menghasilkan produk saya. pergi seorang tanpa teman jalan membawa diri di negara orang.
No comments:
Post a Comment