Showing posts with label murah. Show all posts
Showing posts with label murah. Show all posts

Saturday, 20 June 2020

tshirt murah direct bangladesh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Dah berhabuk blog ini , lama tak update . Kami bukan tak nak update tapi terlalu banyak yang kami akan share di blog ini mengenai bisnes sourcing china dan bangladesh . Korang mana yang dah dapat manfaat share lah blog ni pada kawan2 lain yea. 

Time pkp baru ni kami sangat sibuk menguruskan tempahan pelanggan yang terdiri dari agensi kerajaan & badan swasta . Antara produk yang kami bekalkan adalah face mask , ppe suit , glove dan juga face shield . 

Sekarang kami ada bekalkan facemask fabric yang di buat di kilang jahit kami sendiri . Sesuai untuk wanita , kanak2 dan lelaki . 3 ply tau tak tembus air .. betapa jaganya kualiti . 

Ok posting kali ni kami nak share tentang 1 group telegram yang kami dah create beberapa bulan yang lepas untuk mengumpulkan usahawan yang berminat dengan tshirt , pakaian yang harga sangat murah di bangladesh . 

Ni info group nyea yea ; korang baca bagi hadam dan faham betul2 . 

------ 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . 

Group ini di jaga oleh Mr tony +60 14-631 8920

Group ini bertujuan memberikan pendedahan tentang produk pakaian yang di panggil stok lot di bangladesh.  

Stok lot ini boleh di pecahkan pada 3 kategori . 

1. Cancel shipment - stok lot ini selalunya barang yang sudah melalui proses terakhir iaitu QC and packaging, kebanyakan produk yang cancel shipment ini berpunca dari pada masalah buyer dan kilang yg tidak menepati kehendak buyer dari segi warna dan tempoh siap . Selalunya barang jenis cancel shipment ini harganya lebih tinggi dan boleh di jual mahal 

2. Lebihan kilang - cth, buyer A order 50,000 pcs dan kilang akan produce 5000 pcs lebih sebagai ganti jika berlaku kerosakan atau utk habiskan semua fabric special dyeing yg susah nak jual pada market . Atau barang yg di buat untuk local market stok lot yg kebanyakan di jual di market2 tempatan sekitar bangladesh spt di bonggo bazar 

3. Fresh order stok lot fabric - contoh barang ini katakan buyer A ingin buat seluar tapi mempunyai bajet yg rendah yg hanya boleh di buat mengunakan stok lot fabric .. selalu order jenis ini hanya mempunyai kategori2 tertentu kerana tak semua jenis kain yang ada stok lot, kadang2 tengok jenis fabric, musim dan kategori pakaian. Katakan pada musim sejuk kain fleece dijual pada rm 15/kg. Tapi pada musim panas kain fleece di jual pada harga Rm 3/kg.. jadi kain fleece ini dikategorikan sebagai stok lot kilang yg perlu di jual / di cairkan utk di byr pada kilang . 
-- 
Antara servis yang pihak kami sediakan ialah ; 

1. Fresh order direct kilang - produk seperti ini perlukan detail, sample untuk di hantar pada kilang utk dapatkan quotation pelbagai jenis pakaian yang boleh di buat dan kami akan advise jalan terbaik mengikut kesesuaian dengan tempahan. Seharusnya ada MOQ dan selalunya fresh order memerlukan MOQ yg tinggi bagi mengikut spec TNC dari kilang. 

2. - stok lot buying house - disini kami akan acting sebagai merchant yg menguruskan urusan pencarian dan tempahan yg di buat sehingga sampai ke pintu kedai pelanggan. Disini kami tidak markup harga barang dan hanya mengenakan cas 3% - 10% mengikut tempahan yg di buat dari total invoice. Jika anda merasakan perlu skip merchant anda blh buat sendiri tanpa perlukan khidmat dari kami jika ada apa2 berlaku masalah tiada di bawah tangungjawab kami. Boleh refer di atas tentang jenis stok lot dan buat planning untuk kami advise cara mana yg sesuai. 

3. Tourist guide/factory visit - disini kami juga menyediakan servis ini utk client yg rasakan perlu utk visit atau lihat sendiri depan mata atau ingin mencari idea dan produk apa yg sesuai untuk di buat. 
Sebelum itu di ingatkan kilang di bangladesh ni ada 3 kategori :
(1) composit factory ada spinning, dyeing, sewing, printing dan embroidery ini adalah kategori kilang besar. 

2) medium export, factory ni ada semua jenis department cuma tiada spinning shj. 

3) Local factory, ini adalah kilang biasa yg tidak mempunyai prosedur spt kilang export. Kilang jenis ini lebih murah tetapi ia perlukan handling proses yg mantap utk pastikan order dan mengikut spec.

*cas yg di kenakan dari 3800 - 6000 / trip bergantung pada bape banyak visit kilang dan tempt yg hendak di pergi. 
--- 
U/p ; setiap discussion atau meetup perlulah terlebih dahulu faham asas dan tempahan mestilah mengikut MOQ yg di tetapkan . 

Setiap sampling atau request mesti ada fee dan fee ini adalah utk membayar staff di bangladesh utk kerja sourcing dan penghantaran sample, harga dari Rm 800 - 3200 

*Syarat2 pembelian*

▶️Borong minima 1 design base on moq min from factory

▶️Warna & saiz seperti yang tertera di setiap gambar.

▶️Harga belum termasuk kos penghantaran 🚛🛩🚢

▶️Penghantaran ke seluruh Malaysia.

▶️Booking with full payment (kami akan proses dan reserve utk yang dah buat pembayaran sahaja) 

▶️ www.wasap.my/60146318920/stock+lot+bangladesh

#share group ini# 😊😁

Clik untuk join group telegram : https://t.me/stoklotbangladesh


Saturday, 31 January 2015

T-shirt murah bangladesh , kenali apa itu t-shirt yang dipanggil stock lot di bangladesh

T-shirt murah yang baru
T-shirt bundle
T-shirt bangla

    Ramai yang tanya kami untuk dapatkan t-shirt murah di bangladesh, ini kami berikan jawapan yang akan menjawab segala pertanyaan saudara dan saudari. InsyAllah.
T-shirt ini di bangladesh ia panggil t-shirt stock lot.

1. Apa itu t-shirt stock lot..?

T-shirt Stock lot adalah lebihan stock pakaian yang di order oleh pelanggan kilang tersebut.
Atau order pakaian yang di cancel oleh pelanggan atas sebab-sebab tertentu. Seperti contoh : pelanggan dari europe order 50,000 helai dari kilang A . Kilang A akan produce 55,000 helai. Lebihan 5,000 helai itu akan digunakkan untuk replace t-shirt yang defect bila pelanggan membuat report. Untuk 1 jangka masa. T-shirt lebihan ini akan dijual pada kilang B atau pada local market atau di eksport pada negara selain negara europe.
Ada juga t-shirt stock lot ini adalah t-shirt cancel order dari pelanggan atas sebab-sebab tertentu seperti tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pelanggan.
Adalah menjadi 1 kesalahan besar jika pihak pengilang menjual stock lot ini pada negara pelanggan balik dan juga sekitar. Ia akan menyebabkan kilang tersebut kehilangan pelanggan dan pelbagai lagi isu yang akan kikang hadapi.

2. Berapa harga t-shirt stock lot ini..?

Secara jujurnya, saya katakan harga paling murah saya pernah dapat bawah RM 2/helai. Tetapi ini dalam quantity yang banyak more than 6k pcs bagi 1 design
Cara untuk membeli. Stock lot. Di bangladesh especially di uttarah terdapat banyak warehouse yang kumpulkan t-shirt stock lot ini. Setiap warehouse design yang berlainan warna yang berlainan saiz yang tidak mencukupi. Katakan 1 warehouse ini ada 2 or 3 design yg kita nak. Diorang akan tawarkan untuk membeli kesemua sekali stock t-shirt itu yg diorg ada Untuk dapat harga yang super duper murah.
Ni adat ingin membeli barang murah.

3. Bagaimana untuk membuat penghantaran ke malaysia..?

port yang terdekat dan sesuai untuk shipping adalah di chittagong. Dari narayanganj ke chittagong memakan masa hampir 6 jam perjalanan.
Jadi kami akan membuat 1 penghantaran sahaja pada 1 masa dan akan sampai ke warehouse kami Dan kemudian baru diagihkan pada pelanggan.

4. Saranan saya.

Bagi pelanggan yang ingin kan saiz , warna dan design yang lengkap. Boleh membuat custom order dengan saya minima quantity 5k pcs. Saya akan membuat product ini di kilang di bangladesh yang sy telah berurusan hampir 2 tahun. Bagi pelanggan yang inginkan harga murah. Boleh tempah stock lot. Tapi risiko saiz dan stock design tersebut akan ada masalah. Jika ingin cuba kuantiti yang sedikit boleh pergi ke jalan kenanga. Disitu boleh lihat stock diorg pun ada yang tidak boleh  di jual akibat saiz dan sebagainya. 
---
Di harap penerangan berkaitan t-shirt murah ini jelas dan memberi ruang untuk saudara dan saudari membuat pilihan. Jika ada sebarang tempahan boleh hubungi saya. Untuk keterangan lanjut

Terima kasih Catitan Saudagar
Warehouse T-Shirt Lokasi Uttarah

Pasar Kain Lokasi Islampur

Pasar Kain Lokasi Islampur

Kedai Baju Lokasi Gulistan

Stock Lot T-Shirt



Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar