Canton Fair - Cara mencari Supplier cara mudah
Tips jika pergi canton fair , cara mudah untuk cari supplier yang kita mahukan tak perlu susah untuk jalan semua tempat .
Entry kali ini , kami akan share tips bagaimana jika anda pergi sebuah exibition terkenal seperti canton fair ini yang mempunyai beribu booth sudah tentu dalam masa 1 hari nak jalan semua takkan habis.
Canton fair terbahagi pada 3 sesi . sila rujuk website canton fair untuk maklumat lebih lanjut setiap sesi selalu ada industri yang berlainan dan lebih dari 100 kilang , manufacturer atau trader company yang akan participate untuk mempersembahkan servis dan product mereka.
Cara untuk daftar saya dah terangkan pada entry yang sebelum ini , sila rujuk semula yea.. Sejak kami sourcing product dan servis disini banyak ilmu dan pengilang yang kami kenal dan belajar dari mereka.
Luas dan besar canton fair ini kerana ia adalah pameran terbesar di china jika dibandingkan dengan pameran-pameran international di daerah lain. Jika anda mahu berjalan dari satu booth ke satu booth agak memakan masa dan sudah tentu seminggu pun belum tentu habis .
jadi , tips yang anda boleh gunakkan untuk terus focus pada apa yang anda cari adalah mengunakkan kemudahan yang di sediakan oleh organiser . Directory searching ini di gunakkan untuk memudahkan pengunjung mencari yang seaakan sama atau bidang yang sama dengan product dan servis yang dicari.
Setiap hall akan ada canton fair punya information kaunter, dan di setiap kaunter ada disediakan kemudahan directory searching. caranya sangat mudah .
Mula-mula taip cantonfair.org , kemudian pergi pada bahagian Exibitor and product . tapi sebelum mengunakkan kemudahan ini anda perlu scan dahulu badges seperti dibawah. ini bagi menunjukkan anda adalah buyer atau data anda diperlukan verify kemudahan ini. anda boleh tengok step by step gambar di bawah ini dari log in website , scan pass dan search melalui directory serta boleh dapat tahu terus booth number and company apa mengikut keyword searching yang kita taip pada browser tersebut.
Bagi umat islam atau muslim yang perlukan tempat beribadah di bagunan ini, di maklumkan ada surau yang disediakan oleh orang muslim untuk menunaikan kewajipan. di buka dari pagi hingga lewat malam.
Surau ini mempunyai kemudhaan untuk solat bagi lelaki dan perempuan , cuma bagi wanita agak sukar sedikit kerana tiada penghadang antara makmum lelaki dan makmum perempuan. Lokasi bagi surau ini terletak di bawah hall A 1.1 , anda boleh ekses ke sana melalui tangga atau lift. perlu diingatkan anda juga boleh bertanya pada kaunter organiser tentang tempat salat bagi muslim.
Keadaan di dalam surau
Pulang setelah kerja selesai , dan akan bersambung untuk hari-hari mendatang . bagi yang pertama kali pergi kesini di inggatkan masa yang di perlukan sekurang-kurangnya 3-4 hari. untuk mendapat data dari supplier atau berurusan terus dengan meraka.
Ok , sudah tamat harap anda semua yang membaca blog ini sudi-sudi kanlah share agar ramai lagi dikalangan usahawan yang dapat belajar dan tahu sleok belok sourcing untuk kurangkan cost yang ditanggung. Maybe next time kami akan share denga nanda tentang YIWU , pusat pemborong paling besar di yiwu iaitu Futian market.
Disini banyak supplier yang accept big quantity order. ada juga yang accept small quantity tetapi anda harus ingat , perancnagan itu penting untuk menghasilkan result yang berkesan.