Wednesday 29 April 2015

Kilang Pakaian Di Bangladesh

Kilang Pakaian Di Bangladesh
Lokasi : Narayanganj

Bangladesh adalah salah satu negara yang textile adalah sumber pendapatan bagi ekonomi. Terlalu banyak kilang samada yang kecil mahu pun yang besar di setiap daerah pasti ada. ini adalah lawatan saya ke kilang di bangladesh sebelum memeterai persetujuan bagi menghasilkan produk saya. pergi seorang tanpa teman jalan membawa diri di negara orang.

Saya di bawa oleh kereta kepunyaan kilang tersebut , saya di layan sebagai tetamu vvip. segala makanan dan tempat tinggal di sediakan .



\


Dibilik ini adalah tempat tetamu daripada luar negara yang datang ke kilang ini untuk berurusan akan ditempatkan. Ia terletak di atas sekali bagunan kilang ini. segala kemudahan seperti kipas, televisyen , dapur dan sebagainya lengkap . begini la cara mereka melayan pelanggan dari luar.


Pengankutan utama di bangladesh adalah basikal. akibat traffic yang selalu jem, basikal adalah salah satu kemudahan yang boleh digunakkan untuk capai ke satu destinasi dengan cepat.


ini adalah mesin spinning , mesin ini akan menenun benang untuk dijadikan kain, 


kawasan finishing. apabila pakaian yang telah siap di proses, 


sewing department


Printing department


Ini adalah technician machine yang bekerja di kilang ini, 


Dyeing department


Ini adalah bahagian di mana proses fabric yang akan menentukan kualiti jenis kain.


quality inspection , semua fabric akan di check 1 per satu sebelum proses dyeing


ini adalah kilang spinning . kilang ini akan memproses yang yarn menjadi benang. kilang ini agak berjauhan dari kilang asal , atas faktor pencemaran ia diletakkan di kawasan yang agak dalam sedikit, begitulah penerangan yang saya dapat


Ini adalah hasil benang yang sudah siap di proses, selepas proses ini siap, benag tersebut akan dimasukkan ke bahagian spinning bagi proses menenun menghasilkan kain.


Dibangladesh terdapat banyak kilang ada kilang " Haram  ada kilang yang betul maksud saya disini yang menepati aspek dari kerajaan bagi membuka kilang pembuatan pakaian. Antara requirement dari kerajaan bangladesh adalah mewajibkan setiap kilang pakaian mesti mempunyai sistem tapisan air sendiri sebelum di buang ke sungai. bermakna sisa air dari kilang ini harus diproses dahulu sebelum disalurkan ke luar samada ke sungai atau laut.

Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat pada semua, bagaimana kehidupan atau ekonomi dibangladesh dijana sehingga mampu mengeksport hasil ke luar negara. banyak negara dan brand dunia yang menjadi customer kilang di bangladesh. 

Saudagar dari Bangladesh

we SEARCH
we CARE
we DELIVER

We HELP Custom product direct factory bangladesh , We Send to you warehouse . We Have logistic partner company to take care delivery from Bangladesh to Malaysia

Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar

Sunday 19 April 2015

Apa itu L/C , T/T ,dan BG Term yang di gunakkan bagi penghantaran duit ke luar Negara

Assalamualaikum w.b.t

Saudagar Dari Bangladesh - Term dan proses yang digunakkan dalam proses pengimportan part 2

Jika anda seorang pengimport barang atau produk dari luar negara , seharusnya term seperti T/T , L/C , Western Union , Money gram , Express Money  ini,  adalah aspek yang anda perlu tahu, seperti kelebihan dan kekurangan bagi setiap jenis transaksi ini. Setiap jenis transaksi duit ke luar negara atau pembayaran kepada pembekal di luar negara mesti melalui jenis transaksi ini. Melainkan anda bawa cash dan hantar sendiri naik kereta .


T/T = Telegraphic Transfer 

Jika ada ingin membuat pembayaran pada kilang atau pembekal di negara luar. proses yang paling mudah dan cepat adalah telegrapic transfer atau kata mudah ia T/T. T/T ini boleh di buat dimana-mana bank yang mempunyai kemudahan funds transfer seperti maybank , cimb dan lain-lain.

Currency atau matawang memainkan peranan penting kerana ia akan mempengaruhi jumlah yang perlu anda buat pembayaran dahulu dan seterusnya akan di hantar kepada account pembekal. Sedikit charges akan dikenakan kepada anda dan account penerima.

Maklumat yang perlu sebelum melakukan T/T ialah anda perlu meminta maklumat berkenaan daripada pembekal seperti benefiecery name, account ,bank , swift code , benefiecry bank telephone number dan address. Setelah dapat maklumat ini anda boleh pergi ke bank untuk membuat T/T . Masa proses akan mengambil masa paling awal 7 hari.

 L/C = Letter Of Credit

Letter Of Credit atau surat jaminan kredit ini adalah salah satu kaedah untuk transfer duit dengan mengunakan pihak ketiga iaitu bank sebagai orang tengah. L/C ini adalah dibawah tangungjjawab bank untuk membuat pembayaran kepada pihak pembekal apabila kriteria-kriteria tertentu dipenuhi. Apabila syarat-syarat telah lengkap dan disahkan bank akan memindahkan dana ke akaun pembekal.

L/C ini boleh juga di buat di bank tempatan seperti maybank mengenakan jumlah minima USD 10,000 untuk membuat transaksi L/C.

Sebagai Contoh pembeli akan membeli L/C ini dari pada sebuah bank dan akan mengemukakan kepada bank pembekal. L/C akan mengantikkan bank credit untuk pembeli dan pembekal boleh memastikan pembayaran yang betul dan tepat pada masanya.

Walaubagaimanapun, Pihak bank tidak akan bertangungawab atas kualiti produk , dokumen yang tidak sah dan permasalahan didalam kontrak. ini adalah L/C, jika B/G ia akan mengambil kira semua aspek dan diinsurankan bagi meminimakan kerugian dari kedua belah pihak.

B/G = Bank Guarentee

B/G adalah salah satu kaedah transaksi duit dari pembeli kepada pembekal, Bank Guarentee atau jaminan bank adalah sama kaedah nya seperti L/C ,tetapi ia berbeza dari aspek keselamatan. B/G dapat meminimakan lagi kerugian yang akan ditanggung oleh pembekal jika transaksi itu tidak dapat dijalankan dengan baik.

Jaminan wang ( B/G ) dapat menjamin pembekal dan pembeli dengan menginsurankan salah satu pihak atau kedua pihak daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh salah satu pihak yang telah melanggar atau tidak menepati perjanjian didalam kontrak.

sebagai contoh : pembeli sudah dapat barang daripada pembekal , tetapi pembeli tidak boleh membayar pembekal kerana ada masalah. B/G akan membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui kepada pembekal sebagai denda. Begitu juga, jika pembekal tidak dapat menyediakan barang kepada pembeli B/G akan memberi sejumlah wang kepada pembeli atas apa yang telah dipersetujui sebelum ini. B/G akan bertindak sebagai pengawal keselamatan dalam urusniaga antara pembekal dan pembeli. Bangladesh adalah salah satu negara yang textile adalah sumber pendapatan bagi ekonomi. Terlalu banyak kilang samada yang kecil mahu pun yang besar di setiap daerah pasti ada. ini adalah lawatan saya ke kilang di bangladesh sebelum memeterai persetujuan bagi menghasilkan produk saya. pergi seorang tanpa teman jalan membawa diri di negara orang.

Friday 17 April 2015

Apa itu FOB , CIF dan CNF dalam proses pengimportan

Assalamualaikum, w.b.t

Saudagar Dari Bangladesh - Term and Proses Yang digunakkan dalam pengimportan Part 1

        Jika anda ingin mengimport barang dari luar negara seperti China , bangladesh atau mana-mana negara. Dimana Pembekal atau kilang dari negara berkenaan akan memberikan harga produk berdasarkan harga FOB atau CIF. Apa maksud FOB dan CIF ini dan bagaimana proses yang melibatkan term ini.

Di dalam artikel ini saya akan terangkan proses berkaitan term FOB dan CIF ini. diharap dengan Ilmu saya yang tak seberapa ini dapat membantu pemahaman anda tentang urusan import.

  FOB = Free On Board

FOB ini bermaksud harga yang diberikan hanyalah harga produk + transport to port di negara berkenaan sahaja. seperti contoh anda menimport barang dari bangladesh , kilang memberi harga 80 taka FOB chittagong bermaksud harga produk itu 80 taka dan dihantar sehingga port chittagong sahaja.

Jika dinegara China 100 yuan FOB guangzhou , atau FOB Shanghai , FOB ningbo mengikut port yang berdekatan dengan pembekal. Jika di yiwu maka pembekal akan menghantar ke port yiwu. Ini juga bermaksud, pembekal bertanggunjaawab untuk menghantar barang ini sehingga ke port sahaja dan tidak bertanggungjawab pada barang selepas penghantaran di buat.

Segala kos penghantaran , dokumentasi , fee , insuran dan lain - lain akan di uruskan oleh pembeli. Jika di China saya @ agen shipping boleh menguruskan penghantaran dari port di china sehingga ke port klang dimalaysia. dengan ada charge bagi loose kargo atau FCL ( Full container load )

  CIF = Cost , Insurance and Freight 

CIF ini bermaksud kos barangan + penghantaran ke port malaysia, yang mana pembekal akan mengunakkan term seperti CIF port klang CIF Penang dan sebagainya. Seperti contoh kontena dari port chittagong bangladesh ke port klang malaysia total cost usd 500 bagi 20 feet . ini bermaksud, pembekal bertanggunjawab untuk menghantar barang ini sehingga ke port dimalaysia sahaja. Bagi kos clearence , custom dan transport adalah dibawah tangungjawab pembeli.

Banyak syarikat logistic and forwarding yang boleh membantu untuk membuat clearence , custom dan container despatch advice ( CDA ) ke warehouse pembeli dengan syarat pembeli mesti melantik syarikat tersebut dahulu sebelum syarikat tersebut boleh dibenarkan untuk menyelesaikan proses bagi pengeluaran kontena. total harga bagi setiap jenis kontena berbeza seperti 20 feet dan 40 feet, cukai akan dikenakan mengikut jenis barang yang diimport dan ada code yang digunakkan. bagi container despatch pula harganya mengikut jarak jauh mana kontena tersebut hendak di hantar.

Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar