Showing posts with label k1 form. Show all posts
Showing posts with label k1 form. Show all posts

Tuesday, 20 December 2016

IMPORT - URUSAN KASTAM DAN CUKAI

IMPORT - URUSAN KASTAM DAN CUKAI


Topic kali ini kami akan terangkan bagaimana atau urusan yang berlaku dengan kastam , anda perlu tahu sedikit sebanyak agar dokumen yang perlu anda prepare dapat diselesaikan dengan segera. Ini antara proses import yang perlu di selesaikan segala urusan percukaian dengan kastam adalah disini. 


PENTING !!

Urusan dengan kastam ini anda perlu selesaikan dengan segera dalam tempoh sebelum kontena anda sampai di port ini bagi mengelakkan kontena anda tersadai lama di warehouse dan akan di kenakan charges oleh pihak port.

Dokumen tentang shipment anda akan di hantar oleh pihak pengilang kepada anda melalui courier untuk pastikan dokumen itu selamat sampai dan cepat , dapat sahaja dokumen itu sila terus forward ke Forwarding company anda untuk di proses.

Disini forwarding company akan mewakili anda bagi sebarang urusan dengan kastam , port , haulage dan lain-lain jadi silapilih forwarding company yang berpengalaman dan memang betul buat kerja-kerja ini . jika boleh cari yang ada atau berdaftar sebagai agent kastam. ini bagi memudahkan urusan.




Di atas adalah contoh K1 form kastam yang perlu anda confirmkan atau sahkan butiranya bagi proses pembayaran cukai @ GST dengan kastam , declaration barang yang anda import . jika di lihat pada sample form di atas , segala butiran terperinci berkenaan shipment atau kontena anda akan terpapar disini.

Sesetengah forwarding company akan meminta anda untuk handover segala urusan import pada syarikat  forwarding , bermakna syarikat forwarding itu yang akan mula menguruskan proses import barang anda dan akan hantar pada anda. Apa kebaikanya anda tak perlu bimbang tentang urusan penghantaran dokumen dan pengesahan butiran shipment . Keburukanya : Syarikat forwarding itu akan menjadi sebahagian dari syarikat anda untuk urusan import.

Jenis-jenis Form kastam 


Ada beberapa jenis form kastam yang anda perlu tahu dan setiap form ini perlu disertakan dengan dokumen support bagi menyelesaikan pembayaran cukai serta declaration barang , HS code , Berat , Quantity serta amount invoice.

  1. Form K1 : Declaration of goods imported
  2. Form K2 : Decalration of goods exported
  3. Form K3 : Permit to transport duty paid goods within the federation
  4. Form K4 JKED 4 : Inward manifest , 
  5. Form K5 JKED 4 : outward manifest 
  6. Form K6 JKED 4 : transhipment manifest
  7. Form K8 : Application / permit / to move / transit / duty unpaid goods
  8. Form K9 : Permit to remove goods from warehouse
  9. Form K13 JKED 3 : Warehouse license 
  10. Form K14 JKED 3 : Manufacturing license

Supporting document untuk submit

Untuk submit form di atas mengikut kategori , ia juga bergantung pada urusan apa yang anda lakukan. Document ini anda akan dapat dari Supplier / Pengilang tempat negara yang anda import dan document ini ada 3 salinan setiap satu yang mana 1 salinan adalah orignal.

  1. Invoice ( Original ) 
  2. Packing list
  3. Delivery Order
  4. Bill of Lading
  5. Certificate of Origin
  6. Import license which may be required by a proper office of custom
  7. Ak Form






Kami dah terangkan secara asas tentang proses import yang mana forwarding company dan syarikat anda perlu bekerjasama untuk mempercepatkan proses , pembayaran cukai serta handling shipment. Proses-proses ini tidaklah serumit mana cuma ada beberapa prosesnye yang perlu anda faham dan jelas agar mudah untuk plan di masa hadapan.

Kontena mendarat di port mana perlu tahu samada di north port atau south port. jika di pelabuhan klang. ini diingatkan proses dengan pejabat kastam akan mengikut di port mana kontena anda akan mendarat. jangan pula kontena di hantar ke south port anda berurusan dengan kastam di north port ia sedikit sebanyak akan melambatkan proses.

Moga bermanfaat , boleh komen nak saya bercerita tentang tajuk apa lagi ? bagi urusan import / eksport InsyAllah kami akan share lagi dengan ilmu-ilmu serta penerangan yang lebih menarik. Terima kasih kerana sudi singgah di BLOG yang tak seberapa ini . 
Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar