Friday 4 December 2015

Heat Press Machine Wholesale Price In Malaysia

Heatpress Machine Wholesale In Malaysia

Use for printing and transfer heat process



Heat press machine adalah salah satu alat yang digunakkan untuk transfer haba pada bahagian t-shirt atau sebarang product percetakan. teknik ini luas digunakkan terutamanya pada proses pembuatan t-shirt printing.

Heat press machine ini bersize 40 x 60 , ini adalah size paling besar didalam kategorinya. keluasan platen itu bagi memudahkan kerja-kerja proses heat dan ia sesuai digunakkan bagi cetakan yang bersaiz A3.

Heatpress machine dilengkapi dengan timer dan juga temperature meter bagi mengetahui berapa suhu yang diperlukan bagi tujuan proses heat transfer. timer juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan kualiti yang terbaik disamping penggunaan material yang berkualiti.

kami membekalkan mesin heat press ini bagi tujuan komersial dan personal. kegunaan heatpress machine ini semakin meluas , sehingga ramai yang membuat bisnes percetakan secara kecil-kecilan memerlukan mesin in. ia ibarat tools yang akan melengkapkan sesuatu proses percetakan itu.

bagi mengetahui lebih lanjut tentang mesin ini dan juga harga . boleh layari laman web  www.saudagar2u.com atau terus ke link ini http://www.saudagar2u.com/Machine-And-Equipment/HeatPress-Machine

senarai harga dan uga spesifikasi bagi setiap mesin heatpress ini terdapat didalam website kami. ada beberapa jenis mesin antara mug press , cap press , button badgess press , plate press dan pelbagai size dan kategori juga ada. 

hubungi kami di no. ini bagi memudahkan urusan anda : 012-378 3066 / 017-627 3066 / 013-927 3066

Saudagar Printing Malaysia
Quality | Affordable | Trust

Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar

Wednesday 5 August 2015

Kilang Mesin Heatpress Dan Percetakan

Lawatan Ke Kilang Pembuat Mesin Di China

Pembekal Mesin Press Dan Percetakan Di Malaysia

Post kali ini kami akan berkongsi lawatan ke kilang yang membekalkan mesin-mesin heatpress dan percetakan kepada kami. kilang ini terletak di china. mengeluarkan pelbagai jenis mesin percetakan bagi penggiat seni silkscreen atau pun printing di malaysia.

Terdapat pelbagai jenis mesin yang di buat disini. antaranya spider 6 platen, manual printing , auto , semi auto , direct to garment ( DTG ) , heatpress machine , mug machine , banner machine dan souvenir printing machine. 

kami mengimport mesin dari china untuk pasaran malaysia dan singapore bagi yang mencari mesin kualiti sederhana kami menawarkan pakej yang lengkap untuk start up bisnes. dimana peniaga cuma memerlukan sedikit modal untuk membeli mesin dan juga material seterusnya dapat menjalankan sendiri production di premis masing-masing. 

mesin ini di lengkapi cici-ciri keselamatan dan juga kompenen yang tahan lama sesuai dengan harga yang ditawarkan. ada mesin yang kami tawarkan warranty sehingga 1 tahun. Berikut adalah gambar-gamabr semasa lawatan pertama kami dan rundingan pertama di kilang tersebut. layanan dari pihak kilang sangat terbaik. 


mesin direct to garment

contoh produk keluaran dari mesin di kilang ini

single platen automatik machine

single platen auto machine

4 plate table printing 

exposure machine dilengkapi sistem temperature dan timer

banner machine 

direct to garment machine

6 platen table printing


single platen manual machine 





bagi maklumat lanjut berkaitan mesin heatpress boleh lihat disini http://www.saudagar2u.com/blog/Heat-press-Machine terdapat pelbagai jenis mesin heatpress yang boleh di gunakkan untuk bisnes anda dari harga RM 700 untuk sebuah mesin heatpress

untuk melihat koleksi stock mesin heatpress yang kami ada..boleh lihat di link ini heatpress machine

Pelanggan juga boleh menguhungi wakil jualan kami di no. 0179734191 bagi mendapatkan maklumat berkenaan mesin-mesin ini. dan juga boleh melayari laman website kami bagi detail machine di www.saudagar2u.com



Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar

Wednesday 29 April 2015

Kilang Pakaian Di Bangladesh

Kilang Pakaian Di Bangladesh
Lokasi : Narayanganj

Bangladesh adalah salah satu negara yang textile adalah sumber pendapatan bagi ekonomi. Terlalu banyak kilang samada yang kecil mahu pun yang besar di setiap daerah pasti ada. ini adalah lawatan saya ke kilang di bangladesh sebelum memeterai persetujuan bagi menghasilkan produk saya. pergi seorang tanpa teman jalan membawa diri di negara orang.

Saya di bawa oleh kereta kepunyaan kilang tersebut , saya di layan sebagai tetamu vvip. segala makanan dan tempat tinggal di sediakan .



\


Dibilik ini adalah tempat tetamu daripada luar negara yang datang ke kilang ini untuk berurusan akan ditempatkan. Ia terletak di atas sekali bagunan kilang ini. segala kemudahan seperti kipas, televisyen , dapur dan sebagainya lengkap . begini la cara mereka melayan pelanggan dari luar.


Pengankutan utama di bangladesh adalah basikal. akibat traffic yang selalu jem, basikal adalah salah satu kemudahan yang boleh digunakkan untuk capai ke satu destinasi dengan cepat.


ini adalah mesin spinning , mesin ini akan menenun benang untuk dijadikan kain, 


kawasan finishing. apabila pakaian yang telah siap di proses, 


sewing department


Printing department


Ini adalah technician machine yang bekerja di kilang ini, 


Dyeing department


Ini adalah bahagian di mana proses fabric yang akan menentukan kualiti jenis kain.


quality inspection , semua fabric akan di check 1 per satu sebelum proses dyeing


ini adalah kilang spinning . kilang ini akan memproses yang yarn menjadi benang. kilang ini agak berjauhan dari kilang asal , atas faktor pencemaran ia diletakkan di kawasan yang agak dalam sedikit, begitulah penerangan yang saya dapat


Ini adalah hasil benang yang sudah siap di proses, selepas proses ini siap, benag tersebut akan dimasukkan ke bahagian spinning bagi proses menenun menghasilkan kain.


Dibangladesh terdapat banyak kilang ada kilang " Haram  ada kilang yang betul maksud saya disini yang menepati aspek dari kerajaan bagi membuka kilang pembuatan pakaian. Antara requirement dari kerajaan bangladesh adalah mewajibkan setiap kilang pakaian mesti mempunyai sistem tapisan air sendiri sebelum di buang ke sungai. bermakna sisa air dari kilang ini harus diproses dahulu sebelum disalurkan ke luar samada ke sungai atau laut.

Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat pada semua, bagaimana kehidupan atau ekonomi dibangladesh dijana sehingga mampu mengeksport hasil ke luar negara. banyak negara dan brand dunia yang menjadi customer kilang di bangladesh. 

Saudagar dari Bangladesh

we SEARCH
we CARE
we DELIVER

We HELP Custom product direct factory bangladesh , We Send to you warehouse . We Have logistic partner company to take care delivery from Bangladesh to Malaysia

Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar

Sunday 19 April 2015

Apa itu L/C , T/T ,dan BG Term yang di gunakkan bagi penghantaran duit ke luar Negara

Assalamualaikum w.b.t

Saudagar Dari Bangladesh - Term dan proses yang digunakkan dalam proses pengimportan part 2

Jika anda seorang pengimport barang atau produk dari luar negara , seharusnya term seperti T/T , L/C , Western Union , Money gram , Express Money  ini,  adalah aspek yang anda perlu tahu, seperti kelebihan dan kekurangan bagi setiap jenis transaksi ini. Setiap jenis transaksi duit ke luar negara atau pembayaran kepada pembekal di luar negara mesti melalui jenis transaksi ini. Melainkan anda bawa cash dan hantar sendiri naik kereta .


T/T = Telegraphic Transfer 

Jika ada ingin membuat pembayaran pada kilang atau pembekal di negara luar. proses yang paling mudah dan cepat adalah telegrapic transfer atau kata mudah ia T/T. T/T ini boleh di buat dimana-mana bank yang mempunyai kemudahan funds transfer seperti maybank , cimb dan lain-lain.

Currency atau matawang memainkan peranan penting kerana ia akan mempengaruhi jumlah yang perlu anda buat pembayaran dahulu dan seterusnya akan di hantar kepada account pembekal. Sedikit charges akan dikenakan kepada anda dan account penerima.

Maklumat yang perlu sebelum melakukan T/T ialah anda perlu meminta maklumat berkenaan daripada pembekal seperti benefiecery name, account ,bank , swift code , benefiecry bank telephone number dan address. Setelah dapat maklumat ini anda boleh pergi ke bank untuk membuat T/T . Masa proses akan mengambil masa paling awal 7 hari.

 L/C = Letter Of Credit

Letter Of Credit atau surat jaminan kredit ini adalah salah satu kaedah untuk transfer duit dengan mengunakan pihak ketiga iaitu bank sebagai orang tengah. L/C ini adalah dibawah tangungjjawab bank untuk membuat pembayaran kepada pihak pembekal apabila kriteria-kriteria tertentu dipenuhi. Apabila syarat-syarat telah lengkap dan disahkan bank akan memindahkan dana ke akaun pembekal.

L/C ini boleh juga di buat di bank tempatan seperti maybank mengenakan jumlah minima USD 10,000 untuk membuat transaksi L/C.

Sebagai Contoh pembeli akan membeli L/C ini dari pada sebuah bank dan akan mengemukakan kepada bank pembekal. L/C akan mengantikkan bank credit untuk pembeli dan pembekal boleh memastikan pembayaran yang betul dan tepat pada masanya.

Walaubagaimanapun, Pihak bank tidak akan bertangungawab atas kualiti produk , dokumen yang tidak sah dan permasalahan didalam kontrak. ini adalah L/C, jika B/G ia akan mengambil kira semua aspek dan diinsurankan bagi meminimakan kerugian dari kedua belah pihak.

B/G = Bank Guarentee

B/G adalah salah satu kaedah transaksi duit dari pembeli kepada pembekal, Bank Guarentee atau jaminan bank adalah sama kaedah nya seperti L/C ,tetapi ia berbeza dari aspek keselamatan. B/G dapat meminimakan lagi kerugian yang akan ditanggung oleh pembekal jika transaksi itu tidak dapat dijalankan dengan baik.

Jaminan wang ( B/G ) dapat menjamin pembekal dan pembeli dengan menginsurankan salah satu pihak atau kedua pihak daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh salah satu pihak yang telah melanggar atau tidak menepati perjanjian didalam kontrak.

sebagai contoh : pembeli sudah dapat barang daripada pembekal , tetapi pembeli tidak boleh membayar pembekal kerana ada masalah. B/G akan membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui kepada pembekal sebagai denda. Begitu juga, jika pembekal tidak dapat menyediakan barang kepada pembeli B/G akan memberi sejumlah wang kepada pembeli atas apa yang telah dipersetujui sebelum ini. B/G akan bertindak sebagai pengawal keselamatan dalam urusniaga antara pembekal dan pembeli. Bangladesh adalah salah satu negara yang textile adalah sumber pendapatan bagi ekonomi. Terlalu banyak kilang samada yang kecil mahu pun yang besar di setiap daerah pasti ada. ini adalah lawatan saya ke kilang di bangladesh sebelum memeterai persetujuan bagi menghasilkan produk saya. pergi seorang tanpa teman jalan membawa diri di negara orang.

Friday 17 April 2015

Apa itu FOB , CIF dan CNF dalam proses pengimportan

Assalamualaikum, w.b.t

Saudagar Dari Bangladesh - Term and Proses Yang digunakkan dalam pengimportan Part 1

        Jika anda ingin mengimport barang dari luar negara seperti China , bangladesh atau mana-mana negara. Dimana Pembekal atau kilang dari negara berkenaan akan memberikan harga produk berdasarkan harga FOB atau CIF. Apa maksud FOB dan CIF ini dan bagaimana proses yang melibatkan term ini.

Di dalam artikel ini saya akan terangkan proses berkaitan term FOB dan CIF ini. diharap dengan Ilmu saya yang tak seberapa ini dapat membantu pemahaman anda tentang urusan import.

  FOB = Free On Board

FOB ini bermaksud harga yang diberikan hanyalah harga produk + transport to port di negara berkenaan sahaja. seperti contoh anda menimport barang dari bangladesh , kilang memberi harga 80 taka FOB chittagong bermaksud harga produk itu 80 taka dan dihantar sehingga port chittagong sahaja.

Jika dinegara China 100 yuan FOB guangzhou , atau FOB Shanghai , FOB ningbo mengikut port yang berdekatan dengan pembekal. Jika di yiwu maka pembekal akan menghantar ke port yiwu. Ini juga bermaksud, pembekal bertanggunjaawab untuk menghantar barang ini sehingga ke port sahaja dan tidak bertanggungjawab pada barang selepas penghantaran di buat.

Segala kos penghantaran , dokumentasi , fee , insuran dan lain - lain akan di uruskan oleh pembeli. Jika di China saya @ agen shipping boleh menguruskan penghantaran dari port di china sehingga ke port klang dimalaysia. dengan ada charge bagi loose kargo atau FCL ( Full container load )

  CIF = Cost , Insurance and Freight 

CIF ini bermaksud kos barangan + penghantaran ke port malaysia, yang mana pembekal akan mengunakkan term seperti CIF port klang CIF Penang dan sebagainya. Seperti contoh kontena dari port chittagong bangladesh ke port klang malaysia total cost usd 500 bagi 20 feet . ini bermaksud, pembekal bertanggunjawab untuk menghantar barang ini sehingga ke port dimalaysia sahaja. Bagi kos clearence , custom dan transport adalah dibawah tangungjawab pembeli.

Banyak syarikat logistic and forwarding yang boleh membantu untuk membuat clearence , custom dan container despatch advice ( CDA ) ke warehouse pembeli dengan syarat pembeli mesti melantik syarikat tersebut dahulu sebelum syarikat tersebut boleh dibenarkan untuk menyelesaikan proses bagi pengeluaran kontena. total harga bagi setiap jenis kontena berbeza seperti 20 feet dan 40 feet, cukai akan dikenakan mengikut jenis barang yang diimport dan ada code yang digunakkan. bagi container despatch pula harganya mengikut jarak jauh mana kontena tersebut hendak di hantar.

Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar

Saturday 14 February 2015

Tokoh Pemimpin Yang Disegani Kini Sudah Dipanggil Pulang , Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Special Article For Our Respect Leader 

Tanggal 12 February 2015 bersamaan 22 Rabiul Akhir 1436 Hijr, Jam 9.45 pm hari khamis malam jumaat telah perginya seorang insan , seorang pemimpin , seorang pendakwah , seorang tokoh yang disegani di malaysia mahupun di luar negara. iaitu Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik mat di kediaman beliau di pulau melaka, kelantan.

Sesungguhnya Pemergian Almarhum kerahmatullah adalah satu kehilangan yang sukar dicari ganti khusunya pada seluruh umat islam di malaysia. 

Almarhum adalah pemimpin , guru , bapa dan sahabat yang telah mendamba dan memperhambakan diri kepada al-khaliq dengan teguh menyambung usaha Rasulullah SAW dan para Nabi menegakkan risalah agama ini.

-- Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


KIRI gambar Tuan Guru semasa Muda
                                  
                                                Kuliah Terakhir Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat




Pada tahun 2009, The royal islamic strategic studies center pada pertama kalinya menerbitkan buku  n " The 500 most influential muslim in the world " . Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam buku itu adalah kalangan muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusiaan dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang . Boleh download disini



Gambar Allahyarham sedang di usung menuju ke tanah perkuburan , sekitar lebih 300,000 orang yang hadir memberikan penghormatan yang terakhir buat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat



Apabila Masuk ke alam barzakh yakni alam kubur maka terputuslah hubungan dengan Alam dunia kecuali 3 perkara 1. Doa dari anak yang soleh 2. Sedekah 3. Ilmu yang bermanfaat
MasyaAllah Tuan Guru mempunyai lebih 12,000 video ceramah di youtube yang akan menjadi sungai pahala bagi beliau, semoga tenang dan aman anak doakan buat Tuan Guru , walaupun tidak pernah bersua, sungguh terasa kehilangan , hiba di hati ini mengenangkan pemergian Tuan Guru Allurobbi, Alfatihah anak sedekahkan pada Tuan Guru.

Jom Lihat Komen di post Ustaz Riduan Ini, Banyak ilmu dan kisah Tuan Guru Semasa hidup yang tidak diketahui ramai.


Saturday 31 January 2015

T-shirt murah bangladesh , kenali apa itu t-shirt yang dipanggil stock lot di bangladesh

T-shirt murah yang baru
T-shirt bundle
T-shirt bangla

    Ramai yang tanya kami untuk dapatkan t-shirt murah di bangladesh, ini kami berikan jawapan yang akan menjawab segala pertanyaan saudara dan saudari. InsyAllah.
T-shirt ini di bangladesh ia panggil t-shirt stock lot.

1. Apa itu t-shirt stock lot..?

T-shirt Stock lot adalah lebihan stock pakaian yang di order oleh pelanggan kilang tersebut.
Atau order pakaian yang di cancel oleh pelanggan atas sebab-sebab tertentu. Seperti contoh : pelanggan dari europe order 50,000 helai dari kilang A . Kilang A akan produce 55,000 helai. Lebihan 5,000 helai itu akan digunakkan untuk replace t-shirt yang defect bila pelanggan membuat report. Untuk 1 jangka masa. T-shirt lebihan ini akan dijual pada kilang B atau pada local market atau di eksport pada negara selain negara europe.
Ada juga t-shirt stock lot ini adalah t-shirt cancel order dari pelanggan atas sebab-sebab tertentu seperti tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pelanggan.
Adalah menjadi 1 kesalahan besar jika pihak pengilang menjual stock lot ini pada negara pelanggan balik dan juga sekitar. Ia akan menyebabkan kilang tersebut kehilangan pelanggan dan pelbagai lagi isu yang akan kikang hadapi.

2. Berapa harga t-shirt stock lot ini..?

Secara jujurnya, saya katakan harga paling murah saya pernah dapat bawah RM 2/helai. Tetapi ini dalam quantity yang banyak more than 6k pcs bagi 1 design
Cara untuk membeli. Stock lot. Di bangladesh especially di uttarah terdapat banyak warehouse yang kumpulkan t-shirt stock lot ini. Setiap warehouse design yang berlainan warna yang berlainan saiz yang tidak mencukupi. Katakan 1 warehouse ini ada 2 or 3 design yg kita nak. Diorang akan tawarkan untuk membeli kesemua sekali stock t-shirt itu yg diorg ada Untuk dapat harga yang super duper murah.
Ni adat ingin membeli barang murah.

3. Bagaimana untuk membuat penghantaran ke malaysia..?

port yang terdekat dan sesuai untuk shipping adalah di chittagong. Dari narayanganj ke chittagong memakan masa hampir 6 jam perjalanan.
Jadi kami akan membuat 1 penghantaran sahaja pada 1 masa dan akan sampai ke warehouse kami Dan kemudian baru diagihkan pada pelanggan.

4. Saranan saya.

Bagi pelanggan yang ingin kan saiz , warna dan design yang lengkap. Boleh membuat custom order dengan saya minima quantity 5k pcs. Saya akan membuat product ini di kilang di bangladesh yang sy telah berurusan hampir 2 tahun. Bagi pelanggan yang inginkan harga murah. Boleh tempah stock lot. Tapi risiko saiz dan stock design tersebut akan ada masalah. Jika ingin cuba kuantiti yang sedikit boleh pergi ke jalan kenanga. Disitu boleh lihat stock diorg pun ada yang tidak boleh  di jual akibat saiz dan sebagainya. 
---
Di harap penerangan berkaitan t-shirt murah ini jelas dan memberi ruang untuk saudara dan saudari membuat pilihan. Jika ada sebarang tempahan boleh hubungi saya. Untuk keterangan lanjut

Terima kasih Catitan Saudagar
Warehouse T-Shirt Lokasi Uttarah

Pasar Kain Lokasi Islampur

Pasar Kain Lokasi Islampur

Kedai Baju Lokasi Gulistan

Stock Lot T-Shirt



Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar

Thursday 8 January 2015

Ketahui Bagaimana Ingin Mendapatkan Design yang menarik untuk T-Shirt


Assalamualaikum,

 January 2015 pembuka tirai tahun baru dan update pelbagai jenis aspek didalam kehidupan kita, tidak ketinggalan juga trend pemakaian dan technology printing bagi design t-shirt. Ramai yang mengetahui untuk menghasilkan design t-shirt yang menarik bukan sahaja pada kepakaran designer tapi pada idea dan view of audience yang menentukan design t-shirt itu menarik atau tidak.

5 Kelebihan design t-shirt yang menarik dapat dimaksimakan penggunaanya :

1. Design t-shirt yang menarik akan dapat menjadi tools marketing yang effective bagi sesebuah produk dan juga company. jika design t-shirt menarik sudah tentu orang mahu pakai berkali-kali dan merasa ia sesuai untuk di pakai kemana sahaja.

2. Design t-shirt yang menarik dan juga complex dengan gabungan pelbagai teknik printing akan menaikkan level brand t-shirt tersebut . Seperti contoh guess , superdry , timberland dan quiksilver sentiasa menjadi daya tarikan kerana ia menjual brand. brand yang sudah diperkukuhkan dengan nilai dan marketing yang berkesan. ada pelbagai teknik printing yang akan membuatkan si pemakai berasa " wow "

3. Pengunaan label atau tag di bahagian leher , lengan dan juga tepi baju memainkan peranan penting bagi meletakkan design t-shirt itu level dimana.  Harga mahal atau murah sudah tidak menjadi persoalanya. jika produk yang kita keluarkan sudah diasingkan mengikut level audience yang hendak di jualkan. sebab itu butik guess , butik superdry ada di mall-mall yang besar.

4. Bungkusan plastik yang membalut t-shirt , desing t-shirt yang menarik ditambah dengan aksesori seperti plastik bungkusan atau sticker yang mampu buatkan pembeli rasa teruja dan rasa " wow " bila membeli.semua teknik ini sudah berada di pasaran yang paling penting design yang menarik.

5. last sekali, design t-shirt , bukan design untuk printing , ini design jenis t-shirt seperti contoh raglan , polo 2 tone , t-short 3 tone dan bermacam-macam lagi. design yang tiada atau rare mudah mendapat perhatian pembeli. terutamanya yang memang suka membeli t-shirt jenis ini. 

Kami di Saudagar printing & Souvenir menyediakan perkhidmatan printing - custom dan sulam untuk pelbagai jenis t-shirt atau souvenir.

yang penting rahsia anda selamat dengan kami - ini JANJI kami.

Design anda selamat dan kami akan menjaga privacy ini 

We Search
We Care
We Deliver

Hubungi kami bagi sebarang pertanyaan :)

Call / SMS / Whatsapp : 017-973 4191

Design T-Shirt
Baju custom


Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar