Showing posts with label Canton Fair. Show all posts
Showing posts with label Canton Fair. Show all posts

Sunday, 19 November 2017

Tips cara cari supplier di Canton Fair , Pameran terkemuka di Guangzhou ,China

Canton Fair  - Cara mencari Supplier cara mudah

Tips jika pergi canton fair , cara mudah untuk cari supplier yang kita mahukan tak perlu susah untuk jalan semua tempat . 


Entry kali ini , kami akan share tips bagaimana jika anda pergi sebuah exibition terkenal seperti canton fair ini yang mempunyai beribu booth sudah tentu dalam masa 1  hari nak jalan semua takkan habis. 

Canton fair terbahagi pada 3 sesi . sila rujuk website canton fair untuk maklumat lebih lanjut  setiap sesi selalu ada industri yang berlainan dan lebih dari 100 kilang , manufacturer atau trader company yang akan participate untuk mempersembahkan servis dan product mereka. 

Cara untuk daftar saya dah terangkan pada entry yang sebelum ini , sila rujuk semula yea.. Sejak kami sourcing product dan servis disini banyak ilmu dan pengilang yang kami kenal dan belajar dari mereka. 

Luas dan besar canton fair ini kerana ia adalah pameran terbesar di china jika dibandingkan dengan pameran-pameran international di daerah lain. Jika anda mahu berjalan dari satu booth ke satu booth agak memakan masa dan sudah tentu seminggu pun belum tentu habis . 

jadi , tips yang anda boleh gunakkan untuk terus focus pada apa yang anda cari adalah mengunakkan kemudahan yang di sediakan oleh organiser . Directory searching ini di gunakkan untuk memudahkan pengunjung mencari yang seaakan sama atau bidang yang sama dengan product dan servis yang dicari.  






Setiap hall akan ada canton fair punya information kaunter, dan di setiap kaunter ada disediakan kemudahan directory searching. caranya sangat mudah .

Mula-mula taip   cantonfair.org , kemudian pergi pada bahagian Exibitor and product . tapi sebelum mengunakkan kemudahan ini anda perlu scan dahulu badges seperti dibawah. ini bagi menunjukkan anda adalah buyer atau data anda diperlukan verify kemudahan ini. anda boleh tengok step by step gambar di bawah ini dari log in website , scan pass dan search melalui directory serta boleh dapat tahu terus booth number and company apa mengikut keyword searching yang kita taip pada browser tersebut.









Bagi umat islam atau muslim yang perlukan tempat beribadah di bagunan ini, di maklumkan ada surau yang disediakan oleh orang muslim untuk menunaikan kewajipan. di buka dari pagi hingga lewat malam.

Surau ini mempunyai kemudhaan untuk solat bagi lelaki dan perempuan , cuma bagi wanita agak sukar sedikit kerana tiada penghadang antara makmum lelaki dan makmum perempuan. Lokasi bagi surau ini terletak di bawah hall A 1.1 , anda boleh ekses ke sana melalui tangga atau lift. perlu diingatkan anda juga boleh bertanya pada kaunter organiser tentang tempat salat bagi muslim.



Keadaan di dalam surau 


Pulang setelah kerja selesai , dan akan bersambung untuk hari-hari mendatang . bagi yang pertama kali pergi kesini di inggatkan masa yang di perlukan sekurang-kurangnya 3-4 hari. untuk mendapat data dari supplier atau berurusan terus dengan meraka. 

Ok , sudah tamat harap anda semua yang membaca blog ini sudi-sudi kanlah share agar ramai lagi dikalangan usahawan yang dapat belajar dan tahu sleok belok sourcing untuk kurangkan cost yang ditanggung. Maybe next time kami akan share denga nanda tentang YIWU , pusat pemborong paling besar di yiwu iaitu Futian market. 

Disini banyak supplier yang accept big quantity order. ada juga yang accept small quantity tetapi anda harus ingat , perancnagan itu penting untuk menghasilkan result yang berkesan. 


Thursday, 9 February 2017

Canto Fair - Pameran yang mengumpulkan seluruh Pengilang / Pembuat di CHINA

Daftar masuk Canton Fair - Pameran antarabangsa di China


Dimana nak cari tempat kilang2 , trading company dan suppliers2 berkumpul ? OK , jawapanya ada di canton fair . Canton fair ini sudah tidak asing lagi di kalangan pengimport-pengimport di seluruh dunia termasuklah malaysia ke , singapura ke , thailand ke , cambodia ker.. apa yang boleh di cari kat sini ? 

Ok , kali ini saya akan bercerita serba seidkit tentang Canton fair , canton fair banyak membantu dari segi sourcing product dan mendapatkan kilang-kilang yang bersesuain untuk membuat produk / servis yang kita perlukan .

Tengok kat sini ada info tentang tarikh dan kategori pameran yang akan berlansung --> Canton fair  . Topic untuk post ini tentang apa itu canton fair dan macam mana mahu daftar sebagai pembeli di pameran ini. 

APA ITU CANTON FAIR ?


Canton fair ini dikenali juga sebagai CHINA IMPORT AND EXPORT . bermula pada awal tahun 1957 ok sama dengan tahun malaysia dapat kemerdekaan . Di anjurkan oleh Kementerian perdagangan china dan kerajaan negeri guangdong dan di selia oleh Pusat perdagangan luar negara China. 

Canton fair ini adalah salah satu pameran yang berkonsep antarabangsa , mempunyai sejarah paling lama di China , antara pameran yang terlengkap serta mencatat rekod pembeli terbesar. Pameran canton fair ini meningkatkan perhubungan dagang antara China dengan Dunia menjadi platform terbaik bagi syarikat-syarikat di china untuk meneroka pasaran antarabangsa.

Setahun hanya di adakan 3 kali sahaja dan setiap fasa akan di adakan pameran mengikut industri serta tarikh yang dah di tetapkan. jadi jika anda ingin mencari sumber pembekal yang terus dan baik boleh pergi ke canton fair , lihat sendiri bagaimana mereka meneroka pasaran antarabangsa dengan mudah.

CARA MENDAFTAR DI CANTON FAIR


Ok, anda sudah faham serba sedikit apa itu canton fair , ambillah tiket kapal terbang terus fly ke gunagzhou dan cari fasa mana yang bersesuaian dengan bisnes anda. lihat sendiri , berurusan sendiri macam mnaa mereka meneroka pasaran antarabangsa.

Sebelum anda berlepas ke guangzhou sila sediakan gambar passport dan business card jangan lupa bawa .nanti say terangkan kenapa anda perlu bawa. Ingat yea Gambar passport dan business card . cara nak pergi ke canton fair ni tak susah. jika naik metro ambil line 8 berhenti di stesen Pazhou lepas tu tengok nak pergi ke building mana , ada building A , B dan C seeloknya anda pergi la daftar dahulu di building A atau B nanti akan dapat detail , broucher serta map.



gambar kat atas ini menunjukkan time register bhagi pembeli dari luar negara china lengkap masa pada setiap fasa canton fair .bila sampai sahaja di stesen pazhou anda boleh pilih samada mahu pergi ke buiding mana dekat pergi ke building A untuk pendaftaran . Badges atau pass masuk diperlukan untuk and masuk ke pameran antarabangsa ini. 




Jika anda keluar dari stesen metro anda akan nampak entrance macam ini , ada polis yang berkawal dan papan tanda yang menunjukkan tempat dimana untuk mendaftar. 



laluan yang menuju ke tempat pendaftaran 


Jika anda ingin terkucil atau buang air besar , jangan risau di tandas ini ada air cuma sediakan botol je yea .




Ok , jika anda jumpa papan tanda ini anda boleh masuk untuk register sebagai buyer 



Di ruangan luar pun ada tempat untuk mendaftar oleh kerana terlalu ramai yang datang , pihak sana sudah menyediakan tempat untuk menampung kebanjiran foreigner untuk mendaftar jadi tiada la terlalu lama proses mendaftar.





Ok , tadi saya ada kata sediakan gambar passport atau bisnes card kan , bila dah sampai di tempat pendaftaran ini lah borang yang anda perlu isi , bila nak mendaftar perlu di beri gambar passport , bisnes card dan fee . proses ini hanya memakan masa dalam 10 - 15 minit sahaja. Jika anda tiada gambar passport apa nak buat ? ok jangan risau di sana ada di sediakan perkhidmatan untuk mengambil gambar pasport saya sediakan sekali gambar tempat nye . 



Tempat mengambil gambar passport 


                             

Setelah selesai proses pendaftaran anda akan di berikan 1 badges seperti di atas ada nama penuh dan gambar anda. badges ini valid untuk 2 tahun boleh pergi ke fasa -dfasa yang lain tanpa perlu daftar lagi . 



Pintu masuk canton fair ada security yang akan check beg dan badan anda , security ini di ketatkan untuk mengelak sebarangan kejadian tak diingini berlaku . tempat berkumpulnye pedagang-pedagang dari serata dunia yang ingin mencari sourcing di negara china. 



Bila sampai sahaja di pintu masuk building akan ada penjaga yang berdiri di tengah-tengah pintu ini , lihat bagaimana ia boleh bertahan tanpa bergerak sedikit pun . bila anda di canton fair ambil info atau buku tentang canton fair yang sedang berlansung ini , di dalam buku itu ada map building A , B dan c setiap building berbeza-beza kategori dan ada banyak floor 

Jika anda ada masa panjang untuk melawat semua floor di persilakan , memang letih , memang besar , memnag banyak kilang-kilang , trading company yang anda akan jumpa. kat sini anda boleh bawa trolley bag yang kecil tu , untuk apa ? untuk isi katalog , bisnes card atau lain-lain maklumat serta sample yang anda boleh dapat di booth-booth. 

Datang sendiri dan rasakan pengalaman tempat tumpuan dunia berdagang di canton fair , Oh yea sebelum lupa disini juga disediakan tempat makanan halal dan tempat solat . selepas ini saya akan kongsikan bagaimana nak mencari pembekal yang kita perlukan tanpa jalan-jalan di setiap booth dan bertanya. nak jalan semua memang penat dan tips-tips untuk mencari pembekal yang murah dan terbaik.  Stay tuned 

Catitan Saudagar 
Import Export Knowledge

Share maklumat jika anda rasa ia berguna untuk kawan-kawan lain 























Saturday, 22 March 2014

All Factory China Open Showroom at Pazhou, Guangzhou, China

Location : Pazhou,Guangzhou China

Canton Fair is the larger biannual China trade fair helds in Guangzhou. China import & Export fair ( Canton Fair ) akan diadakan di Pulau Pazhou tiap-tiap tahun. Canton Fair terbahagi kepada 3 fasa , yang mana setiap fasa akan mengumpulkan seluruh pengilang dari china mengikut bidang. Kebanyakan pada masa ini ramai usahawan, jutawan dari luar negara akan datang ke sini untuk mencari source atau teknologi yang baru. Hotel semua akan jadi mahal sebab diorg dah tahu , nak tak nak dah tentu orang akan datang juga masa ini. Oleh itu pada yang selalu ke china untuk memborong atau tidak berniat untuk ke canton fair janganlah pergi time canton fair. Untuk mengelak cost yang lebih tinggi.


Canton Fair 2014

Fasa 1 : 15 - 19 april 2014 - Electronic & Household electrical Appliance , vehicle & spare                                                           part , lighting equipment , chemical product , hardware tools ,                                                       machinery , building material  
Fasa 2 : 23 - 27 april 2014 - Consumer goods , gift , Home decoration
Fasa 3 : 1 - 5 may 2014      - Office supplies , cases & bags , recreation products food ,                                                                 medicine medical device & health product , shoes , textiles                                                             garments

Exibition dan fair ini memainkan peranan yang penting untuk source ilmu, product dan teknologi terkini yang dibangunkan. Supaya kita mempunya update dan idea untuk menambah nilai sesuatu bisnes yang dibuat. Ramai pak arab , mat salleh , negro datang ke sini.

Kebanyakan Fair begini disertai oleh pengilang atau pengedar yang sah dan trusted, So untuk urusan dimasa akan datang lebih mudah. Ada juga kilang haram yang buka di China, Pernah juga saya berurusan dengan kilang haram. memang harga jauh lagi murah tetapi tetap ada pro and cont.


SIGN CHINA 2014 - Pazhou Guangzhou China
Selain Canton fair ada juga fair-fair yang lain di buat disini , Selalunya fair begini orang datang melalui Invitation dari company di china.

Keadaan Pintu masuk jam 5.30pm
Epson Printer For banner and advertising - Jimat RM 30k jika beli disini
Pas masuk - Mesti daftar Untuk dapatkan pas masuk
Keadaan Dalam Complex Di pazhou - Luas , Besar dan terbaik


Ingin Memborong Bersama kami ?

Risau akan cost , modal dan sebagainya ?

Contact us For more information 
We Search
We deliver 
We Care

Enter your email address And Get Update from this Blog:


Delivered by CatitanSaudagar