Daftar masuk Canton Fair - Pameran antarabangsa di China
Dimana nak cari tempat kilang2 , trading company dan suppliers2 berkumpul ? OK , jawapanya ada di canton fair . Canton fair ini sudah tidak asing lagi di kalangan pengimport-pengimport di seluruh dunia termasuklah malaysia ke , singapura ke , thailand ke , cambodia ker.. apa yang boleh di cari kat sini ?
Ok , kali ini saya akan bercerita serba seidkit tentang Canton fair , canton fair banyak membantu dari segi sourcing product dan mendapatkan kilang-kilang yang bersesuain untuk membuat produk / servis yang kita perlukan .
Tengok kat sini ada info tentang tarikh dan kategori pameran yang akan berlansung --> Canton fair . Topic untuk post ini tentang apa itu canton fair dan macam mana mahu daftar sebagai pembeli di pameran ini.
APA ITU CANTON FAIR ?
Canton fair ini dikenali juga sebagai CHINA IMPORT AND EXPORT . bermula pada awal tahun 1957 ok sama dengan tahun malaysia dapat kemerdekaan . Di anjurkan oleh Kementerian perdagangan china dan kerajaan negeri guangdong dan di selia oleh Pusat perdagangan luar negara China.
Canton fair ini adalah salah satu pameran yang berkonsep antarabangsa , mempunyai sejarah paling lama di China , antara pameran yang terlengkap serta mencatat rekod pembeli terbesar. Pameran canton fair ini meningkatkan perhubungan dagang antara China dengan Dunia menjadi platform terbaik bagi syarikat-syarikat di china untuk meneroka pasaran antarabangsa.
Setahun hanya di adakan 3 kali sahaja dan setiap fasa akan di adakan pameran mengikut industri serta tarikh yang dah di tetapkan. jadi jika anda ingin mencari sumber pembekal yang terus dan baik boleh pergi ke canton fair , lihat sendiri bagaimana mereka meneroka pasaran antarabangsa dengan mudah.
CARA MENDAFTAR DI CANTON FAIR
Ok, anda sudah faham serba sedikit apa itu canton fair , ambillah tiket kapal terbang terus fly ke gunagzhou dan cari fasa mana yang bersesuaian dengan bisnes anda. lihat sendiri , berurusan sendiri macam mnaa mereka meneroka pasaran antarabangsa.
Sebelum anda berlepas ke guangzhou sila sediakan gambar passport dan business card jangan lupa bawa .nanti say terangkan kenapa anda perlu bawa. Ingat yea Gambar passport dan business card . cara nak pergi ke canton fair ni tak susah. jika naik metro ambil line 8 berhenti di stesen Pazhou lepas tu tengok nak pergi ke building mana , ada building A , B dan C seeloknya anda pergi la daftar dahulu di building A atau B nanti akan dapat detail , broucher serta map.
gambar kat atas ini menunjukkan time register bhagi pembeli dari luar negara china lengkap masa pada setiap fasa canton fair .bila sampai sahaja di stesen pazhou anda boleh pilih samada mahu pergi ke buiding mana dekat pergi ke building A untuk pendaftaran . Badges atau pass masuk diperlukan untuk and masuk ke pameran antarabangsa ini.
Jika anda keluar dari stesen metro anda akan nampak entrance macam ini , ada polis yang berkawal dan papan tanda yang menunjukkan tempat dimana untuk mendaftar.
laluan yang menuju ke tempat pendaftaran
Jika anda ingin terkucil atau buang air besar , jangan risau di tandas ini ada air cuma sediakan botol je yea .
Ok , jika anda jumpa papan tanda ini anda boleh masuk untuk register sebagai buyer
Di ruangan luar pun ada tempat untuk mendaftar oleh kerana terlalu ramai yang datang , pihak sana sudah menyediakan tempat untuk menampung kebanjiran foreigner untuk mendaftar jadi tiada la terlalu lama proses mendaftar.
Ok , tadi saya ada kata sediakan gambar passport atau bisnes card kan , bila dah sampai di tempat pendaftaran ini lah borang yang anda perlu isi , bila nak mendaftar perlu di beri gambar passport , bisnes card dan fee . proses ini hanya memakan masa dalam 10 - 15 minit sahaja. Jika anda tiada gambar passport apa nak buat ? ok jangan risau di sana ada di sediakan perkhidmatan untuk mengambil gambar pasport saya sediakan sekali gambar tempat nye .
Tempat mengambil gambar passport
Setelah selesai proses pendaftaran anda akan di berikan 1 badges seperti di atas ada nama penuh dan gambar anda. badges ini valid untuk 2 tahun boleh pergi ke fasa -dfasa yang lain tanpa perlu daftar lagi .
Pintu masuk canton fair ada security yang akan check beg dan badan anda , security ini di ketatkan untuk mengelak sebarangan kejadian tak diingini berlaku . tempat berkumpulnye pedagang-pedagang dari serata dunia yang ingin mencari sourcing di negara china.
Bila sampai sahaja di pintu masuk building akan ada penjaga yang berdiri di tengah-tengah pintu ini , lihat bagaimana ia boleh bertahan tanpa bergerak sedikit pun . bila anda di canton fair ambil info atau buku tentang canton fair yang sedang berlansung ini , di dalam buku itu ada map building A , B dan c setiap building berbeza-beza kategori dan ada banyak floor
Jika anda ada masa panjang untuk melawat semua floor di persilakan , memang letih , memang besar , memnag banyak kilang-kilang , trading company yang anda akan jumpa. kat sini anda boleh bawa trolley bag yang kecil tu , untuk apa ? untuk isi katalog , bisnes card atau lain-lain maklumat serta sample yang anda boleh dapat di booth-booth.
Datang sendiri dan rasakan pengalaman tempat tumpuan dunia berdagang di canton fair , Oh yea sebelum lupa disini juga disediakan tempat makanan halal dan tempat solat . selepas ini saya akan kongsikan bagaimana nak mencari pembekal yang kita perlukan tanpa jalan-jalan di setiap booth dan bertanya. nak jalan semua memang penat dan tips-tips untuk mencari pembekal yang murah dan terbaik. Stay tuned
Catitan Saudagar
Import Export Knowledge
Share maklumat jika anda rasa ia berguna untuk kawan-kawan lain
If you're looking to lose fat then you need to get on this totally brand new personalized keto plan.
ReplyDeleteTo design this service, certified nutritionists, fitness trainers, and cooks united to develop keto meal plans that are useful, decent, price-efficient, and enjoyable.
Since their grand opening in 2019, 1000's of clients have already completely transformed their body and health with the benefits a great keto plan can give.
Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-proven ones given by the keto plan.