KENAPA BOLEH GAGAL DALAM PERNIAGAAN ?
Sumpahan 3 tahun pertama dalam dunia bisnes
Perkara yang paling
ditakuti oleh setiap usahawan ialah gagal. Iyalah, siapa yang sukakan kegagalan? Dalam dunia perniagaan pula,
kegagalan ibarat satu mimpi ngeri kepada usahawan terutama sekali usahawan
muda. Dengan banyak modal, tenaga serta usaha yang dikeluarkan, gagal bukanlah
satu pilihan. Tapi percaya atau tidak,kadangkala kita sendiri yang menjemput
kegagalan itu datang. seperti kata pepatah " dalam perniagaan itu RUGI itu pasti UNTUNG belum tentu lagi. Bagaimana?
Kurang ilmu merupakan
salah satu faktor teratas sebab sesuatu perniagaan itu gagal. Dalam hidup ini,
apa sahaja yang hendak dilakukan haruslah dengan ilmu. Jika tidak ada ilmu,
bagaimana hendak berjaya? Hadirilah seminar, bengkel serta program-program lain
yang boleh membantu anda untuk menambah ilmu dalam bidang perniagaan. Tak rugi
pun untuk mengeluarkan sedikit belanja bagi menambah ilmu. Mana tahu di bengkel
tersebut nanti anda akan mendapat prospek atau idea perniagaan baru? Anda juga
yang untungkan?
Faktor kedua pula ialah
MENTOR. Ada segelintir usahawan yang cepat berputus asa
apabila menerima sesuatu cabaran ataupun dugaan dalam dunia perniagaan. Untuk
menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu perlulah mempunyai sistem rujukan dan kekuatan mental
yang tinggi. Jangan mudah putus asa dan berhenti sekerat jalan. Cari jalan
penyelesaian untuk setiap masalah kerana itu sistem rujukan atau pun mentor sangat memberi impak dalam dunia perniagaan yang mana usahawan itu sendiri belajar dari Pengalaman Mentor yang terdahulu.
Persaingan dalam
perniagaan merupakan satu perkara normal. Namun persaingan yang terlalu banyak
boleh membunuh sesuatu perniagaan. Pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.
Jika produk atau sesuatu perkhidmatan itu sama sahaja,mereka akan terdorong
untuk mencari pakej yang lebih murah atau bersesuian dengan mereka. Cuba beri
suatu kelainan kepada produk atau perkhidmatan anda. Tawarkan sesuatu yang
istimewa yang tiada pada pesaing anda.
Sebab berikutnya yang
mengakibatkan sesuatu perniagaan itu tidak berjaya ialah kerana usahawan itu
tidak merancang masa depan perniagaannya. Setiap perniagaan harus mempunyai
perancangan yang rapi sama ada untuk jangka masa pendek mahupun masa panjang.
Catatkan matlamat jangka pendek serta jangka panjang ada dan lihat matlamat itu
setiap hari. Sebagai contoh apa yang anda inginkan dalam perniagaan anda untuk
tahun hadapan? Dengan ini anda akan lebih fokus untuk membangunkan perniagaan
anda itu. Pernah dengan tentang ungkapan " Sumpahan 3 tahun pertama " mengikut kajian yang dibuat , banyak bisnes yang tutup dalam tempoh 3 tahun pertama. ini antara puncanya.
Tidak memahami kehendak
pelanggan juga boleh menyebabkan sesebuah perniagaan itu gulung tikar.
Kadangkala produk atau perkhidmatan anda itu telah digemari pengguna, namun
mungkin juga mereka mahupun peningkatan dari segi ciri atau kualiti. Atau
mungkin juga pengguna lebih tertarik dengan trend
terbaru? Jadi anda perlulah peka terhadap perubahan sekeliling. Kenal pasti trend terbaru berkaitan dengan produk
anda. Dapatkan juga fed back daripada
pengguna setia. Mereka mungkin dapat memberikan idea-idea baru untuk
membangunkan perniagaan anda.
Yang paling penting untuk
berjaya, tak kiralah dalam apa jua bidang, anda perlulah mempunyai minat. Usaha
sahaja tak cukup kalau anda tak suka dengan apa yang anda buat. Dengan minat
yang cukup kuat, secara automatik usaha itu juga akan datang. Tapi jangan pula
lupa untuk berdoa. Walau apa pun pegangan yang anda anuti, anda harus ingat DIA
juga yang akan mengabulinya.
SHARE ARTIKEL INI JIKA ANDA RASA BERMANFAAT UNTUK KAWAN-KAWAN ANDA.
" Sampaikanlah Dari Ajaranku Walau Sepotong Ayat "
Wow, informatif sekali, coba dilihat juga nih Tips kuota hemat XL
ReplyDelete