Tuesday, 19 April 2016

Print Bendera Bersize Besar 8 kaki x 4 kaki

Print Bendera Bersize Besar 8 kaki x 4 kaki 

Silkscreen Printing , Cotton Material 




Bendera , Flag atau Banner bersize besar di pasaran agak sukar didapati ini kerana proses pembuatan dan cetakan untuk membuatnya agak payah ia memerlukan tools yang besar , machine yang besar dan manpower yang ramai .

Dengan keadaan teknologi sekarang . rata-rata perniagaan percetakan mengunakkan teknik digital printing bagi mencetak bendera / flag atau banner yang bersize besar ,. Oleh kerana itu kos bagi setiap pengeluaran hasil dari percetakan digital agak tinggi berbanding dengan teknik silkscreen.

Seperti di ketahui ramai , hasil digital printing bergantung pada pengunaan Ink dan juga jenis machine yang digunakkan untuk mencetak pada bendera / flag.

Ok , kali ini kami kongsikan bagaimana cara yang kami gunakkan untuk print bendera / flag bersize besar 8 kaki x 4 kaki dengan mengunakkan teknik silkscreen . Perkara pertama yang anda perlukan adalah menyediakan peralatan seperti mesh , blok kayu besar , kertas filem design dan tempat expose yang besar. Kesemua peralatan in anda perlukan bagi memastikan kerja-kerja berjalan dengan lancar.

Size bendera yang selalu di gunakkan pada pasaran

8 kaki x 4 kaki
5 kaki x 3 kaki
4 kaki x 2 kaki
2 kaki x 1 kaki

Ini hanyalah sebagai rujukan , dan ia masih bergantung pada permintaan pelanggan



Teknik silkscreen yang di gunakkan pada bendera / flag ini sama sahaja dengan teknik print yang digunakkan pada baju , t-shirt atau apa jenis pakaian. cuma bezanya hanya pada size print area. Bagi memudahkan kerja-kerja print bendera. Bendera /flag hendaklah di potong dahulu mengikut size yang di kehehendaki , kemudian didapatkan ukuran untuk logo atau design tertentu yang hendak di letakkan pada bendera. 



Bendera / flag yang di print mengunakkan teknik menghasilkan kualiti yang berbeza dengan digital print . warna yang solid , cost yang agak rendah dan boleh produce dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa.

kapasiti pengeluaran kilang kami bagi menghasilkan bendera bersize 8 kaki x 4 kaki ini memerlukan masa dalam 5- 7 hari untuk 500 - 800 pcs siap untuk di hantar. Bagi size bendera yang lebih kecil mungkin masa boleh di singkatkan lagi.

Seelepas proses deposit dye ( silkscreen ) pada kain bendera , prose pengeringan akan dibuat ini kerana memasitkan hasil print tadi sekata dan tidak tertompok-tompok. Setelah betul-betul kering baru di hantar pada Department sewing untuk di jahit pada bahagian keliling bendera dan juga holding area.

Kebanyakan perniagaan percetakan menghantar kerja-kerja percetakan bendera ini Ke China oleh sebab itu ,  proses siap memerlukan masa sekurang-kurangnya 2 -3 minggu .Jadi kami mempunyai alternative lain mengunakkan kemahiran dan juga peralatan kami yang disesuaikan pengunaanya untuk digunakkan membuat bendera bersize besar. Kami juga menyediakan perkhimatan serta menerima tawaran jika ada kerja-kerja bendera yang mahu di buat dengan Harga yang kompetetif serta berbaloi dengan hasil kualiti yang akan anda dapat nanti .




Ini adalah hasil keluaran Syarikat kami . mengunakkan teknik silkscreen dan material cotton. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi contact person di bawah :

Saudagar Legasi Sdn Bhd
A157, Ground Floor ,
Jalan Paya Tiga ,
25200 Kuantan < Pahang 
Malaysia

En wan 0176273066 / 0123783066 
Office / Faks 095729496

Layari laman web www.saudagar2u.com terdapat pelbagai jenis hasil keluaran dari syarikat kami 
Blog Import Directchina
Blog Printing Kilang Saudagar Printing Malaysia

HAKCIPTA terpelihara : sebarang penyalinan semula gambar serta artikel adalah tidak dibenarkan sama sekali .

Enter your email address And Get Update from this Blog:

Delivered by CatitanSaudagar

No comments:

Post a Comment