Location : Zhong Da , Guangzhou China
Lokasi menjadi pilihan pemborong textile. Jika berada di guangzhou boleh singgah disini untuk menikmati perniagaan textile yang sangat besar.
Antara produk yang terdapat disini yang admin ketahui selama memborong disini
- pelbagai jenis kain , Cotton , silk
- mesin ringkas, heatpress , sulam , dan mesin jahit
- button
- ribbon
- benang jahit
- lace
Bagi yang menceburi bidang textile. Disini menjadi pilihan yang terbaik untuk memborong pelbagai barangan. yang pasti harganya murah dan sangat berbaloi.
Disini juga terdapat lebih 300 biji kedai ( anggaran ) dan beberapa mall besar. untuk full explore dikawasan ini sekurang-kurangnya mengambil masa 4 ke 5 hari. tapi bila dah tahu dimana dan barang apa yang perlu diborong disini sudah dapat memudahkan tugas dan menyingkatkan masa memborong.
Bagi urusan disini , ada kedai yang boleh berinteraksi dalam bahasa english dan ada yang tak boleh langsung. jadi kemahiran berbahasa mandarin sangat diperlukan untuk request pelbagai jenis product, warna atau size mengikut citarasa pembeli.
Saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan sekalian.
Kedai Kain sutera China |
Sutera China ada pelbagai gred |
Pelbagai pilihan corak |
Kain yang sedia di potong |
Jalan pulang dari zhong da menaiki Teksi |
Kami juga menyediakan perkhidmatan memborong barangan textile. boleh juga mengikuti rombongan kami sekiranya berminat dan kami akan tunjuk tempat dimana untuk membeli dan bagaimana cara untuk berinteraksi dengan orang disana.
Contact Us for more information
We search
We Deliver
We care