Bangladesh adalah 1 negara pengeksport textile yang besar selain pakistan, vietnam dan india. Mungkin ramai yang tidak tahu , kebanyakan t-shirt atau pakaian yang murah dan berkualiti di Malaysia ini adalah datangnya dari bangladesh.
kebanyakan pemilik bisnes bangladesh yang menjalankan bisnes di malaysia memandang sini sebagai lubuk duit dan berpotensi besar untuk berkembang dengan faktor harga , kualiti dan juga support dari warga bangladesh sendiri yang sudah menetap di Malaysia pada sekian lama.
Kelebihan di bangladesh ini adalah industri textile @ kain cotton yang sangat murah dan berkualiti . kenapa murah..? kerana di bangladesh gaji bagi seorang pekerja sangat murah sekitar RM 300 sebulan berbanding di malaysia mereka boleh dapat RM 50 -150 sehari.
Admin akan ceritakan serba sedikit kawasan atau tempat yang pernah admin berurusan dan berjalan. Disepanjang perjalanan admin berurusan dengan kilang dan wholesale market di bangladesh mereka sangat menghormati foreigner begitu juga yang datang dari malaysia. mereka akan seboleh boleh ingin menjaga hubungan kerana terdapat ramai rakyat bangladesh yang bekerja atau berniaga disini.
Permandangan Diwaktu malam - Place : Narayanganj , Bangladesh |
Gambar dibawah ini adalah salah 1 kilang yang Admin berurusan , boleh dikatakan Kilang ini membuat proses dari pada Yarn - Menjadi T-Shirt . Ada 3 kilang yang akan melengkapkan proses pembuatan T-Shirt ini. Kebanyakan kilang di bangladesh Tiada Spinning factory kerana cost yang terlalu mahal. tetapi kilang yang admin berurusan ini ada spinning factory. Spinning ini adalah proses dimana yarn akan menjadi Fabric
Capasity pengeluaran kilang besar ini adalah 30,000 pcs 1 hari bersamaan 1 kontena 20 kaki. mempunyai pekerja seramai 5500. Kilang ini mempunyai pelanggan dari Europe , US , Germany , jepun dan juga middle east. Dan tidak pernah mengeksport produk ke Malaysia.
Kilang ini telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan mempunyai rekod dari segi kualiti dan juga harga yang sangat baik. Ada 2 international brand yang buat produk mereka disini.
Yarn atau bahasa mudah faham kapas sebelum di proses |
Yarn digaul dan di masukkan kedalam mesin secara manual |
Depan bilik genset |
Proses yarn menjadi benang |
yarn yang sudah diproses akan di jadikan benang halus |
Lebihan yarn yang bersepah atau dibuang akan dimasukkan kedalam mesin ini |
Proses dari benang menjadi kain |
Proses cuci dan harden |
Quality check - jika ada cotton yang tak elok atau berlubang akan di buang |
Proses memotong kain |
Dikilang bahagian sewing |
Sewing section |
Proses membuang habuk atau lebihan benang pada T-Shirt |
Proses membuat kolar - Polo shirt |
Proses Printing Silkscreen |
Golongan bisnes atau pemilik kilang dibangladesh adalah golongan yang sangat kaya. Cara hidup dan juga pelbagai kemewahan yang mereka miliki membuatkan mereka sangat hormat pada pelanggan dari luar. Terutama dari europe atau US dan hanya sebahagian dari Negara di timur. yang menjadi BIG customer pada mereka.
Harga dan kualiti kerja dari segi pembuatan produk yang berunsurkan cotton sangat boleh dipuji.
Saudagar Dari bangladesh
We search
We Deliver
We care
- Kami menyediakan perkhidmatan custom pakaian atau direct material sourcing dari bangladesh -
Import : Custom cloth , ready made t-shirt Print , fabric & Accessories
Perkhidmatan Custom pakaian direct Kilang bangladesh ,
Support Us :
directchina.blogspot.com