Sunday, 19 November 2017

Tips cara cari supplier di Canton Fair , Pameran terkemuka di Guangzhou ,China

Canton Fair  - Cara mencari Supplier cara mudah

Tips jika pergi canton fair , cara mudah untuk cari supplier yang kita mahukan tak perlu susah untuk jalan semua tempat . 


Entry kali ini , kami akan share tips bagaimana jika anda pergi sebuah exibition terkenal seperti canton fair ini yang mempunyai beribu booth sudah tentu dalam masa 1  hari nak jalan semua takkan habis. 

Canton fair terbahagi pada 3 sesi . sila rujuk website canton fair untuk maklumat lebih lanjut  setiap sesi selalu ada industri yang berlainan dan lebih dari 100 kilang , manufacturer atau trader company yang akan participate untuk mempersembahkan servis dan product mereka. 

Cara untuk daftar saya dah terangkan pada entry yang sebelum ini , sila rujuk semula yea.. Sejak kami sourcing product dan servis disini banyak ilmu dan pengilang yang kami kenal dan belajar dari mereka. 

Luas dan besar canton fair ini kerana ia adalah pameran terbesar di china jika dibandingkan dengan pameran-pameran international di daerah lain. Jika anda mahu berjalan dari satu booth ke satu booth agak memakan masa dan sudah tentu seminggu pun belum tentu habis . 

jadi , tips yang anda boleh gunakkan untuk terus focus pada apa yang anda cari adalah mengunakkan kemudahan yang di sediakan oleh organiser . Directory searching ini di gunakkan untuk memudahkan pengunjung mencari yang seaakan sama atau bidang yang sama dengan product dan servis yang dicari.  






Setiap hall akan ada canton fair punya information kaunter, dan di setiap kaunter ada disediakan kemudahan directory searching. caranya sangat mudah .

Mula-mula taip   cantonfair.org , kemudian pergi pada bahagian Exibitor and product . tapi sebelum mengunakkan kemudahan ini anda perlu scan dahulu badges seperti dibawah. ini bagi menunjukkan anda adalah buyer atau data anda diperlukan verify kemudahan ini. anda boleh tengok step by step gambar di bawah ini dari log in website , scan pass dan search melalui directory serta boleh dapat tahu terus booth number and company apa mengikut keyword searching yang kita taip pada browser tersebut.









Bagi umat islam atau muslim yang perlukan tempat beribadah di bagunan ini, di maklumkan ada surau yang disediakan oleh orang muslim untuk menunaikan kewajipan. di buka dari pagi hingga lewat malam.

Surau ini mempunyai kemudhaan untuk solat bagi lelaki dan perempuan , cuma bagi wanita agak sukar sedikit kerana tiada penghadang antara makmum lelaki dan makmum perempuan. Lokasi bagi surau ini terletak di bawah hall A 1.1 , anda boleh ekses ke sana melalui tangga atau lift. perlu diingatkan anda juga boleh bertanya pada kaunter organiser tentang tempat salat bagi muslim.



Keadaan di dalam surau 


Pulang setelah kerja selesai , dan akan bersambung untuk hari-hari mendatang . bagi yang pertama kali pergi kesini di inggatkan masa yang di perlukan sekurang-kurangnya 3-4 hari. untuk mendapat data dari supplier atau berurusan terus dengan meraka. 

Ok , sudah tamat harap anda semua yang membaca blog ini sudi-sudi kanlah share agar ramai lagi dikalangan usahawan yang dapat belajar dan tahu sleok belok sourcing untuk kurangkan cost yang ditanggung. Maybe next time kami akan share denga nanda tentang YIWU , pusat pemborong paling besar di yiwu iaitu Futian market. 

Disini banyak supplier yang accept big quantity order. ada juga yang accept small quantity tetapi anda harus ingat , perancnagan itu penting untuk menghasilkan result yang berkesan. 


Sunday, 4 June 2017

Kilang Jahit Tshirt , Polo , baju korporat dan tudung di Kuantan

Mencari Kilang Jahit Pukal Di Kuantan ? 


Cepat siap ? , Berkualiti ? dan Murah ? 

Kami ada jawapanya yang anda cari , kami dari syarikat Saudagar Legasi sdn bhd menawarkan perkhidmatan servis jahit pukal atau custom pakaian dalam kuantiti yang banyak serta harga yang kompetetif. 


Gambar Production Kilang di Kuantan
Mesti anda tertanya-tanya , mampukah kami menyiapkan tempahan di awal waktu , Ok semestinya ramai yang ada masalah ini jika pernah berurusan dengan kilang jahit pukal samada di dalam negara atau di luar negara. 

Masa Diperlukan :

Faktor ketepatan masa menjadi sangat berharga kerana ia adalah sesuatu yang di mahukan pelanggan secara utama berbanding harga . Sebab itu jika lihat kilang jahit pukal tidak kan mengambil sebarang job jika ia tidak mampu menyiapkan pada masa yang di tetapkan . jadi jika anda buat di kilang kami , InsyAllah 99 % masa akan kami tepati melainkan jika ada sedikit lewat kami akan maklumkan terlebih dahulu . ini janji kami bagi menjaga pelanggan kami . 

masa yang di peruntukkan adalah mengikut kuantiti tempahan . jika melebihi 300 helai lingkungan masa dari 2 minggu ke 4 minggu , kami juga menerima job urgent dengan kuantiti yang besar ini kerana kilang kami telah banyak kali berada dalam situasi ini 600 helai boleh di sipakkan dalam 5 hari sahaja. 
Promosi MOQ 20 pieces 

Ok , ini antara kelebihan di syarikat kami , kami menyediakan seervis custom pakaian dengan hanya minima 20 pieces sahaja. tak percaya ? terus call no ini 0176273066 jika anda berminat untuk gunakkan servis kami ini .

kilang kami boleh menjahit : 

- Tudung / scarf / shawl 
- Uniform kerja
- Baju korporat 
- Pelbagai jenis tshirt
- Tshirt Polo 
- Muslimah
- Jaket / Overall 
- Mafla / Selendang 
- Sarung bantal , cadar dan pelbagai jenis sarung. 
- Traksuit / seluar track 

semua minimum quantity yang diperlukan hanya 20 pieces sahaja . mudahkan ? jadi syarikat kecil yang mempunyai staff yang sedikit pun boleh buat uniform kerja sendiri tak perlu lagi guna design ready made yang berada di pasaran yang sudah ramai yang pakai. 

Harga yang Berbaloi dan Termurah 

Bagi penetapan sesuatu harga kami cuba sedaya updaya untuk memenuhi bajet dan keperluan anda . Oleh itu harga kami di antar yang terbaik di pasaran dengan kuantit dan kemasan jahitan dari tukang jahit yang berpengalaman tinggi. 

Harga yang kami berikan ini adalah rujukan kasar dan tidak termaktub dalam mana-mana perjanjian antara pelanggan dengan kilang . ia hanya sebagai rujukan dan mungkin boleh kurang lagi atau tambah lagi mengikut hasil perbincangan. 

Tshirt Kids - Rm 10.00 / pcs 
Seluar kids - Rm 10.00 /pcs
Tshirt dewasa - Rm 13.00 /pcs
Seluar dewasa - Rm 15.00 /pcs
Muslimah - Rm 16.00 /pcs
Korporat - Rm 45 / pcs

ini adalah harga baju sahaja tak termasuk printing atau sulaman logo lebih senang jika anda sudah ada design forwardkan ke nombor whatsapp kami ini di 0176273066 atau terus klik link ini untuk wasap bagi pengguna mobil :  http://Kilangbaju.wasap.my 




Packaging dan Delivery


Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke kedai / lokasi anda . jika dalam kuantiti yang banyak kami akan menghantar terus ke lokasi mengunakkan transport kami sendiri . charges pula ia bergantung pada jarak dan kuantiti selalunya kami akan bayar separuh dan anda separuh  bergantung pada bagaimana persetujuan semasa berbincang. 

Hubungi kami 


Boleh terus hubungi kami di talian ini 

0176273066 - En wan ( 24 hr ) 
0123783066 - Ms effa
0197303066 - En Ha ( urgent job ) 

Office 

095729496

Lokasi kami : 

Google maps - Saudagar Printing Malaysia 
Alamat : A157 , Ground Floor , jalan Paya Tiga , 25200 Kuantan Pahang.


Website - www.saudagar2u.com

Thursday, 9 February 2017

Canto Fair - Pameran yang mengumpulkan seluruh Pengilang / Pembuat di CHINA

Daftar masuk Canton Fair - Pameran antarabangsa di China


Dimana nak cari tempat kilang2 , trading company dan suppliers2 berkumpul ? OK , jawapanya ada di canton fair . Canton fair ini sudah tidak asing lagi di kalangan pengimport-pengimport di seluruh dunia termasuklah malaysia ke , singapura ke , thailand ke , cambodia ker.. apa yang boleh di cari kat sini ? 

Ok , kali ini saya akan bercerita serba seidkit tentang Canton fair , canton fair banyak membantu dari segi sourcing product dan mendapatkan kilang-kilang yang bersesuain untuk membuat produk / servis yang kita perlukan .

Tengok kat sini ada info tentang tarikh dan kategori pameran yang akan berlansung --> Canton fair  . Topic untuk post ini tentang apa itu canton fair dan macam mana mahu daftar sebagai pembeli di pameran ini. 

APA ITU CANTON FAIR ?


Canton fair ini dikenali juga sebagai CHINA IMPORT AND EXPORT . bermula pada awal tahun 1957 ok sama dengan tahun malaysia dapat kemerdekaan . Di anjurkan oleh Kementerian perdagangan china dan kerajaan negeri guangdong dan di selia oleh Pusat perdagangan luar negara China. 

Canton fair ini adalah salah satu pameran yang berkonsep antarabangsa , mempunyai sejarah paling lama di China , antara pameran yang terlengkap serta mencatat rekod pembeli terbesar. Pameran canton fair ini meningkatkan perhubungan dagang antara China dengan Dunia menjadi platform terbaik bagi syarikat-syarikat di china untuk meneroka pasaran antarabangsa.

Setahun hanya di adakan 3 kali sahaja dan setiap fasa akan di adakan pameran mengikut industri serta tarikh yang dah di tetapkan. jadi jika anda ingin mencari sumber pembekal yang terus dan baik boleh pergi ke canton fair , lihat sendiri bagaimana mereka meneroka pasaran antarabangsa dengan mudah.

CARA MENDAFTAR DI CANTON FAIR


Ok, anda sudah faham serba sedikit apa itu canton fair , ambillah tiket kapal terbang terus fly ke gunagzhou dan cari fasa mana yang bersesuaian dengan bisnes anda. lihat sendiri , berurusan sendiri macam mnaa mereka meneroka pasaran antarabangsa.

Sebelum anda berlepas ke guangzhou sila sediakan gambar passport dan business card jangan lupa bawa .nanti say terangkan kenapa anda perlu bawa. Ingat yea Gambar passport dan business card . cara nak pergi ke canton fair ni tak susah. jika naik metro ambil line 8 berhenti di stesen Pazhou lepas tu tengok nak pergi ke building mana , ada building A , B dan C seeloknya anda pergi la daftar dahulu di building A atau B nanti akan dapat detail , broucher serta map.



gambar kat atas ini menunjukkan time register bhagi pembeli dari luar negara china lengkap masa pada setiap fasa canton fair .bila sampai sahaja di stesen pazhou anda boleh pilih samada mahu pergi ke buiding mana dekat pergi ke building A untuk pendaftaran . Badges atau pass masuk diperlukan untuk and masuk ke pameran antarabangsa ini. 




Jika anda keluar dari stesen metro anda akan nampak entrance macam ini , ada polis yang berkawal dan papan tanda yang menunjukkan tempat dimana untuk mendaftar. 



laluan yang menuju ke tempat pendaftaran 


Jika anda ingin terkucil atau buang air besar , jangan risau di tandas ini ada air cuma sediakan botol je yea .




Ok , jika anda jumpa papan tanda ini anda boleh masuk untuk register sebagai buyer 



Di ruangan luar pun ada tempat untuk mendaftar oleh kerana terlalu ramai yang datang , pihak sana sudah menyediakan tempat untuk menampung kebanjiran foreigner untuk mendaftar jadi tiada la terlalu lama proses mendaftar.





Ok , tadi saya ada kata sediakan gambar passport atau bisnes card kan , bila dah sampai di tempat pendaftaran ini lah borang yang anda perlu isi , bila nak mendaftar perlu di beri gambar passport , bisnes card dan fee . proses ini hanya memakan masa dalam 10 - 15 minit sahaja. Jika anda tiada gambar passport apa nak buat ? ok jangan risau di sana ada di sediakan perkhidmatan untuk mengambil gambar pasport saya sediakan sekali gambar tempat nye . 



Tempat mengambil gambar passport 


                             

Setelah selesai proses pendaftaran anda akan di berikan 1 badges seperti di atas ada nama penuh dan gambar anda. badges ini valid untuk 2 tahun boleh pergi ke fasa -dfasa yang lain tanpa perlu daftar lagi . 



Pintu masuk canton fair ada security yang akan check beg dan badan anda , security ini di ketatkan untuk mengelak sebarangan kejadian tak diingini berlaku . tempat berkumpulnye pedagang-pedagang dari serata dunia yang ingin mencari sourcing di negara china. 



Bila sampai sahaja di pintu masuk building akan ada penjaga yang berdiri di tengah-tengah pintu ini , lihat bagaimana ia boleh bertahan tanpa bergerak sedikit pun . bila anda di canton fair ambil info atau buku tentang canton fair yang sedang berlansung ini , di dalam buku itu ada map building A , B dan c setiap building berbeza-beza kategori dan ada banyak floor 

Jika anda ada masa panjang untuk melawat semua floor di persilakan , memang letih , memang besar , memnag banyak kilang-kilang , trading company yang anda akan jumpa. kat sini anda boleh bawa trolley bag yang kecil tu , untuk apa ? untuk isi katalog , bisnes card atau lain-lain maklumat serta sample yang anda boleh dapat di booth-booth. 

Datang sendiri dan rasakan pengalaman tempat tumpuan dunia berdagang di canton fair , Oh yea sebelum lupa disini juga disediakan tempat makanan halal dan tempat solat . selepas ini saya akan kongsikan bagaimana nak mencari pembekal yang kita perlukan tanpa jalan-jalan di setiap booth dan bertanya. nak jalan semua memang penat dan tips-tips untuk mencari pembekal yang murah dan terbaik.  Stay tuned 

Catitan Saudagar 
Import Export Knowledge

Share maklumat jika anda rasa ia berguna untuk kawan-kawan lain 























Friday, 3 February 2017

Tempah Jersey Sublimation Direct Kilang China


SUBLIMATION JERSEY

Tempah direct kilang china dengan kuantiti yang minimum.


Assalamualaikum dan hai , dah lama tak update Blog ini , masih ramai pembaca-pembaca yang dapat ilmu dan pengetahuan dari Blog ini . walaupun tak semua di cerita secara detail tapi sedikit sebanyak dapat belajar mengenai produk , terma , dan cara pembayaran bila import barang dari luar.

Sekarang ni famous sangat tentang jersey sublimation , senang cerita jersey yang di print terus ke atas kainnye oleh printer dengan ink special. bagi peminat tegar sukan dalam bidang apa jenis sekalipun jersey memainkan peranan penting dari segi penampilan peminat sukan . Oleh itu sublimation jersey antara produk yang terhangat di pasaran.

Bagi yang ingin membuat jenama sendiri , atau untuk kelab , sekolah , team atau group boleh menempah jersey sublimation ini dengan kuantiti yang minimum bagi satu-satu design . kuantiti serendah 480 pcs bagi 1 design adalah requirement saya untuk buat jersey sublimation ini pada harga yang super duper murah dan terbaik .



Jersey sublimation ini boleh di buat dengan kunatiti minimum pada harga super duper murah sahaja adalah dengan membuat di kilang di china. harga bawah RM 20 , bawah RM 10 pun da jika nak . jersey sublimation ini agak rumit pemprosesan nye kerana sebab itu harga nye sedikit mahal berbanding printing jersey biasa. 

Bagi jersey sublimation ini ,kuantiti yang tinggi akan dapat harga yang lagi murah dengan syarat fabric yang di gunakkan ini bukan dari fabric berkualiti tebal iaitu 180 - 200 gsm . 


Jersey sublimation boleh didesign dengan pelbagai corak atau warna yang tiada limit . cara pengiraan kos bagi jersey sublimation ini bergantung pada berapa banyak tempat pada baju yang di print. seperti contoh di lengan kiri kanan , belakang dan depan jika ada order sedemikian harga akan jadi lebih mahal . print sublimation ini juga terbahagi pada 2 kategori : 1 fast print , 1 normal print . 

apa beza 2 itu , bezanya anda akan nampak warna yang normal print lebih menyerlah berbanding fast print . dan sudah tentu normal print lebih mahal berbanding fast print. 


Sila jangan fikirkan tentang jersey sahaja yang boleh di print sublimation . ada juga seluar trek , polo lacoste , mafla dan beg. menarik bukan , ia ini hanyalah sebahagian sahaja contoh produk yang boleh di keluarkan oleh kilang ini . 



Kolar pada jersey sublimation boleh di customade . boleh di buat mengikut citarasa pelanggan samada ingin kolar print sekali pun boleh piping neck pun boleh . ibarat macam sebuah keluaran jersey dari jenama terkenal . 



Sila hubungi no. yang tertera jika ada sebarang pertanyaan. tentang jersey sublimation ini . minimum quantiti yang di perlukan oleh kami ialah 480 pcs sahaja bagi 1 design . masa penghantaran 3 -4 minggu bergantung pada berapa kuantit yang di tempah .

WE CARE < WE SEARCH < WE DELIVER

CATITAN SAUDAGAR BERKONGSI ILMU DAN PENGALAMAN UNTUK MEMBANTU PENIAGA_PENIAGA MENDAPATKAN MARGFIN YANG LEBIH TINGGI . 

SEMOGA BERMANFAAT