Step By Step Cara Beli Rumah Second Hand :- Semua yang perlu anda buat sampai dapat kunci
|
Step By Step Cara Beli Rumah Second Hand :-
Semua yang perlu anda buat sampai dapat kunci |
Cara Beli Rumah MURAH & JIMAT
Siapa yang dah pernah beli rumah dan rasa macam sangat-sangat rugi dengan kos lawyer , stamp duty dan lain-lain cost yang lain sehingga habis CASH korang ?
Pastu rasa serikkkk nak beli Rumah ?
Angkat tangan , Hehe.
Ok , itu normal bagi yang mula-mula beli rumah atau yang rasa takut nak beli rumah sebab rasakan ia sangat mahal dan rasa tak mampu tu mengatasi segala-galanya.
Macam ni , jika korang tiada ilmu iya betul korang akan rasa begitu , tapi jika korang ada ilmu , korang tahu apa nak buat , agak-agak apa tindakan korang ?
Nah , teman kongsi ilmu yang akan bantu korang hadap proses membeli rumah subsale ( rumah second hand ) - kata nak cari yang murah dan jimat kan daripada mula sampai la korang dapat kunci.
Hadamkan perlahan-lahan artikel ini , lepas habis baca nanti korang pasti jelas nak buat apa lepas ini dan tak takut nka bertindak lagi
Secondhand : murah
Tahu cara dan kos : Jimat / tak kene kencing
LANGKAH 1 : Survey atau Buat kajian dan Pilih
Mula-mula pilih dulu hartanah yang korang nak beli . Yang ni korang kene buat research sendiri.
Disini boleh dapatkan Value sebenar rumah korang dengan bertanyakan pada Valuer yang di perakui . Sila beurrusan dengan syarikat valuer hartanah yea dan bukan persendirian.
LANGKAH 2 : Tandatangan Letter Of Acceptance ( LOA ) atau Letter Of Offer
Yang ke 2 pulak korang kene tandatangan letter of acceptance atau letter of oofer ejen hartanah sediakan .
Paling penting , pastikan dulu ejen itu berdaftar secara sah dengan lembaga penilai , pentaksir dan ejen hartanah malaysia ( LPPEH atau BOVAEA ).
Jangan sekali-kali guna ejen haram ( yang tak berdaftar ) . Sebab potensi korang kene " kencing " dengan mereka sangat la tinggi .
hehe, banyak dah kes tipu macam ni berlaku . Naya je duit korang ber huhu huhu laa jawabnya.
LANGKAH 3 : Bayar Booking fee awal-awal dan minta lanjutkan tempoh siapkan SPA
Bayar jumlah 2% atau 3% daripada harga pembelian rumah sebagai bayaran Booking.
Lagi satu cuba minta tempoh 21 hari waktu bekerja sebagai tempoh bayaran dari bayaran deposit , hingga korang kene siapkan SPA
Penting!!
Biasanya ejen akan letak 14 hari . Tapi cuba korang dapatkan 21 har isebab kadang-kadang loan lambat lulus. Selagi loan tak lulus , korang tak boleh sign SPA ( sales and purchase agreement )
Dan pastikan booking ini di bayar kepada syarikat ejen hartanah atau syarikat guaman korang .
jangan cari pasal dan bayar kepada mana-mana individu , baik ejen atau owner rumah.
LANGKAH 4 : Dapatkan bukti pemilikan daripada owner asal
Pastikan pemilik rumah asal ( penjual ) tandatangan pada LOA ( letter of acceptance ) atau letter of offer , dan pastikan korang ( atau ejen ) dapat salinan SPA pembelian itu untuk buktikan mereka sebagai pemilik rumah yang sahih.
LANGKAH 5 : Mula buat permohonan dekat bank
Gunakkan LOA tadi untuk memohon pinjaman loan daripada pihak bank untuk dapatkan pembelian rumah . dan pastikan korang apply minimum 4 bank untuk tujuan ini
LANGKAH 6 : Cari peguam yang tahu buat kerja dan dalam bidang jual-beli property
Upah peguam yang ada kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah untuk siapkan SPA ( sales & purchase aggrement )
Penting! pastikan lawyer itu adalah panel Bank yang apply Loan jika tidak korang kene bayar pada 2 firm lawyer nanti . haaaa
Langkah 7 : Tandatangan Hanya lepas dah confirm dapat loan
Tandatangan dokumen SPA dan pastikan korang dapatkan ( paling kurang ) 1 loan yang dah approve sebelum tandatangan SPA
LANGKAH 8 : JElaskan baki 7% . Kalau tak , anda tak boleh tandatangan SPA
Bayar baki 7% deposti pembelian rumah . Dalam langkah 3 tadi kita dah bayar 3% kan jadi total yang kita dah bayar deposit 10% sebelum tandatangan SPA
LANGKAH 9 : Kerapkan tanya peguam yang uruskan proses jual beli korang.
Tunggu 3 hingga 6 bulan untuk pihak Bank membayar penjual jumlah yang tertunggak ( baki 90% , lepas korang dah bayar duit downpayment 10% )
Pastikan korang follow up peguam korang tiap-tiap minggu untuk pastikan peguam korang ada proses report dan kes korang ada kemajuan dari masa ke semasa.
LANGKAH 10 : Peguam akan uruskan 100% urusan korang dari sini
Pemilik rumah atau penjuual akan kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan yang dah berjaya
masa ini, korang akan dapat kunci rumah dan rumah itu akan jadi milik korang.
NAK TAHU BERAPA KOS GUAMAN ( Legas fee ) hartanah ?
Ni teman nak ingatkan , 11 langkah deakt atas ini adalah maklumat asas sahaja . Bila korang dah praktik dan faham nanti lagi banyak ilmu selok belok yang korang akan dapat.
Bila korang nak membeli rumah , penting juga untuk fahamkan kos guaman . Kos ini berbeza mengikut setiap nilai hartanah.
Teman ada sediakan contoh untuk rujukan korang.
- Untuk hartanah bernilai RM 150,000 pertama = kos guaman 1 %
- Untuk hartanah bernilai RM 850,000 berikutnya = kos guaman 0.7 %.
- Untuk hartanah bernilai RM 2,000,000 berikutnya = kos guaman 0.6 %
- Untuk hartanah bernilai RM 2,500,000 berikutnya = kos guaman 0.4 %
- Untuk hartanah bernilai RM 7,500,000 berikutnya = kos guaman boleh di runding tapi tak lebih daripada 0.4%
ADA KOS LAiN YANG PATUT SAYA AMBIL TAHU ?
Teman memang suka dengan laman web iproperty.com kat sini lengkap dah bagi siap-siap kos penting yang terlibat.
antara yang korang kene ambil kira adalah cukai RPGT . Bawah ini teman sediakan sekali info ringkas tentang pembayaran cukai bagi setiap level :
Selain itu , korang juga kene tanggung disbursment cost ( kos pengeluaran ) sekitar Rm 500 hingga RM 1000 . dan biasanya , kos ini adalah untuk tanggung pengurusan dokumen-dokumen ini :
- setem SPA ( sales and purchase agreement ) sebanyak RM 10 untuk setiap salinan. Biasanya 4 salinan.
- Bankruptcy search
- Pencarian syariakt ( kalau perlu )
- Pencarian Tanah ( sbeelum menyediakan SPA dan mengisi borang 14A di pejabat Tanah )
- Pendaftaran dokumen pertukaran hak milik hartanah di pejabat tanah dan kos-kos lain.
Nak tak Teman bantu korang beli rumah second hand sebijik Tahun depan ?
KALAU TEMAN BAGITAHU YANG KORANG BOLEH BELI RUMAH TAHUN DEPAN TANPA PERLUKAN BANYAK MODAL , KORANG NAK TAK ?
Jawapannya ada disini : janji korang kene ikut apa yang 12 orang otai hartanah ini kongsikan tips-tips serta cara yang sesuai untuk korang aplikasikan nanti.
dan ini bukan janji kosong yeaaaa . sebab mereka dah berkali-kali beli rumah dengan modal yang MINIMA . ada juga yang siap dapat duit LEBIH lagi .
Ikut LOGIK mana la bolehkan nak beli rumah dengan modal yang sikit siap ada yang dapat duit lebih lagi. Huhu Dulu teman tak tahu , jahil , berasa pandai , berasa banyak duit , teman habis 150k sahaja untuk beli sebiji rumah. Kalau ikutkan teman boleh dapat 3 biji buah Rumah dengan deposit banyak itu huuu.
tapi tak guna dah menyesal . mende pun dah lepaskan . yang penting kita mahu belajar dan belajar lagi dari orang yang pandai dan pernah buat.